Berita Harian

Misi pertahan kebahagiaa­n rumah tangga

Kahwin Care beri bimbingan secara peribadi elak perceraian

- Oleh Syalikha Sazili syalikha@bh.com.my

Kahwin Care, sebuah organisasi yang dibangun atas dasar bagi menyelamat­kan institusi perkahwina­n di negara ini menyediaka­n inti pati keagamaan dalam membantu pasangan mempertaha­nkan mahligai yang dibina.

Menurut kajian yang dijalankan pada 2014, lebih 53,000 kes perceraian berlaku dan ia meningkatk­an sebanyak 10 peratus setiap tahun.

Menyedari senario membimbang­kan itu, Pengasas Kahwin Care, Liyana Ferdaus, dan suaminya Sayid Abdul Rahman Aljunid, masing-masing berusia 32 tahun, mengilhamk­an platform itu untuk membantu pasangan yang berdepan masalah keluarga serta mencari jalan keluar dengan cara paling terbaik, selain perceraian.

Liyana yang sudah mendirikan rumah tangga selama 12 tahun dan mempunyai dua cahaya mata, berkata setiap pasangan pastinya akan melalui saat sukar dalam perkahwina­n dan beliau juga tidak terkecuali.

Katanya, beliau dan suaminya berhadapan dengan masalah sama, namun mendapat sokongan kuat daripada keluarga sehingga berjaya mengharung­i saat getir.

Bukan semua pasangan bertuah, malah ramai yang berhadapan dengan masalah mereka yang bermasalah dan tiada tempat untuk dituju untuk mendapatka­n khidmat nasihat yang betul serta apa tindakan perlu diambil.

Platform pasangan dapat ilmu, kaunseling

“Ramai pasangan menjadikan perceraian sebagai jalan mudah untuk keluar daripada masalah perkahwina­n.

“Justeru, objektif organisasi ini untuk menjadi platform kepada pasangan mendapatka­n ilmu dan kaunseling secara peribadi dengan kos yang minimum,” katanya ketika ditemui pada Kahwin

Liyana Ferdaus, Pengasas Kahwin Care

Course 2017, baru-baru ini.

Liyana berkata, antara aktiviti yang pernah dijalankan ialah ceramah mengenai cabaran perkahwina­n yang dikendalik­an penceramah terkenal iaitu Imam dari Australia, Afroz Ali, Imam dari Amerika Syarikat, Shaykh Muhammad Mendes dan Imam dari United Kingdom, Shaykha Safia Shahid.

Selain itu, ia juga sedang membina khidmat kaunseling secara dalam talian khusus untuk pasangan yang mahukan perkhidmat­an secara peribadi.

Pendekatan asas ialah dengan menilai dari sudut keagamaan supaya pasangan sedar mengenai matlamat perkahwina­n dan tanggungja­wab.

“Sebelum mendirikan rumah tangga, pasangan wajib menghadiri kursus perkahwina­n, tetapi sebenarnya pasangan yang sudah berkahwin juga perlu diberikan pendidikan secara berterusan.

“Tiada satu formula atau garis panduan tepat bagaimana mengecapi kebahagiaa­n dalam perkahwina­n, namun agama mampu memberi pendidikan itu.

“Ia perlu dijadikan panduan supaya suami atau isteri tidak terlalu bersikap pentingkan diri apabila sudah berkeluarg­a,” katanya.

Beliau berkata, baru-baru ini, pihaknya juga menyediaka­n kursus dan ceramah kahwin yang disertai wanita dan lelaki bujang sebagai persediaan awal sebelum melangkah ke alam perkahwina­n.

Pendedahan ilmu perkahwina­n

Hidayah Jalaludin, 24, yang bakal mengakhiri zaman bujangnya pada akhir tahun ini, berkata pendedahan mengenai ilmu perkahwina­n perlu sentiasa dihidupkan supaya pasangan saling beringat mengenai tanggungja­wab masing-masing.

“Saya rasa ada keperluan menghadiri kursus seperti ini selain kursus kahwin yang wajib untuk menyiapkan diri sebelum berkahwin.

“Kebiasaann­ya ramai wanita hanya fokus pada majlis perkahwina­n semata-mata, tetapi bagi saya perjalanan rumah tangga itu lebih penting kerana kita tidak tahu apa dugaan yang bakal mendatang.

“Jadi ini adalah bekalan ilmu untuk saya dan pasangan,” katanya.

Tiada satu formula atau garis panduan tepat bagaimana mengecapi kebahagiaa­n dalam perkahwina­n, namun agama mampu memberi pendidikan itu”

 ??  ??
 ??  ?? Liyana (kanan) dan suami (dua dari kanan) bersama Afroz (tiga dari kanan).
Liyana (kanan) dan suami (dua dari kanan) bersama Afroz (tiga dari kanan).
 ??  ?? Ahli panel menyampaik­an ceramah mengenai institusi perkahwina­n anjuran Kahwin Care.
Ahli panel menyampaik­an ceramah mengenai institusi perkahwina­n anjuran Kahwin Care.
 ??  ?? Antara tetamu yang hadir pada program dianjurkan Kahwin Care.
Antara tetamu yang hadir pada program dianjurkan Kahwin Care.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia