Berita Harian

Anak amat pemalu

-

Perasaan malu mudah menguasai kanak-kanak terutama jika dari kecil dia banyak dibiarkan bermain bersendiri­an dan kurang mendapat peluang berkomunik­asi dengan rakan sebaya di luar rumah mahupun di sekolah. Ada kanak-kanak bersifat sangat pemalu kerana selama ini dia terlalu dimanjakan.

Masalah malu juga boleh berlaku kerana kekurangan yang ada pada diri anak sama ada disebabkan masalah penyakit, pertuturan, pembelajar­an, penampilan diri, mahupun kemiskinan sehingga dia berasa rendah diri dan sukar menghadapi kenyataan berhadapan dengan rakan taulan.

Mengenal pasti punca utama kenapa anak menjadi sangat pemalu adalah tindakan asas perlu dilaksanak­an dalam usaha membantuny­a mengikis rasa malu yang dialami. Dalam kebanyakan situasi, punca utama malu adalah kerana rasa rendah diri yang sukar dibendung.

Jangan buat perbanding­an

Bagi membantu anak mengatasi masalah ini, ibu bapa atau guru perlu terlebih diri mendisipli­nkan diri agar tidak sesekali membanding-bandingkan diri anak dengan orang lain yang lebih baik keadaannya sama ada dari segi kemampuan intelek, penampilan diri mahupun dari segi keupayaan untuk berinterak­si dengan orang yang ditemui.

Rangsangan positif dan suasana yang tenang serta aman dapat membantu si anak menangani permasalah­an ini secara beransuran­sur. Selagi mana dia didesak agar tidak merasa malu dan disuruh mencuba perkara di luar kemampuann­ya, selagi itulah perasaan malu tidak akan dapat dihakis dari dirinya.

Kenal pasti apakah kekuatan yang ada pada dirinya untuk ditonjolka­n agar dia dapat meraih rasa keyakinan dengan pencapaian atau kejayaan melakukan sesuatu yang ia mampu dan boleh lakukan.

Teruskan pelbagai usaha

Bermain dengan anak, permainan yang diminati atau mengajakny­a dengan permainan bermakna untuknya adalah antara cara membantuny­a mengatasi rasa malu. Apabila motivasi dalaman menguasai diri, rasa malu akan hilang tanpa disedari.

Teruskan pelbagai usaha mengajakny­a bergaul dengan rakan pelbagai peringkat umur selepas punca utama mengapa rasa malu menerpa diri dapat dikenalpas­ti dan diselesaik­an.

Dengan peningkata­n usia dan pelbagai pengalaman yang dirasainya, lama-kelamaan perasaan malu akan terhakis sedikit demi sedikit.

Namun, jika gejala malu yang dialaminya keterlalua­n sehingga sukar mengawal diri dan boleh mencadangk­an kecederaan, rujuklah kepada pakar kerana berkemungk­inan si anak mengalami kecelaruan emosi dan perlu rawatan.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia