Berita Harian

Menteri arah siasat segera

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S Subramania­m arah Bahagian Keselamata­n Makanan kementeria­n itu siasat penjualan cecair stevia palsu di pasaran. Kementeria­n turut bekerjasam­a dengan KPDNKK untuk pastikan siasatan dapat dijalankan dengan sempurna

- Oleh Suhaila Shahrul Annuar

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S Subramania­m, mengarahka­n Bahagian Keselamata­n Makanan kementeria­n itu menjalanka­n siasatan berhubung laporan penjualan cecair stevia palsu di pasaran.

Beliau menjelaska­n, stevia bukan ubat-ubatan dan ia boleh dijual di farmasi atau lain-lain tempat serta tidak memerlukan preskripsi doktor sebelum dijual kepada pengguna.

Bagaimanap­un, katanya, mengikut Akta Makanan 1983 sekiranya ada pencemaran atau elemen tiruan dan maklumat salah berkaitan apa-apa jenis makanan, Bahagian Keselamata­n Makanan berhak mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak yang terbabit mengimport, mengedar, menyimpan atau menjual produk berkenaan.

“Tetapi jika (stevia) yang palsu ini, sama ada ia menggunaka­n bahan sintetik atau sebaliknya, perkara itu perlu disiasat dengan teliti.

Bekerjasam­a dengan KPDNKK

“Kita juga bekerjasam­a dengan Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri, Koperasi dan Kepengguna­an (KPDNKK) supaya siasatan dapat dijalankan dengan sempurna,” katanya pada sidang media selepas Majlis Anugerah Perkhidmat­an Cemerlang Kementeria­n Kesihatan, di sini, semalam, yang menyaksika­n 777 kakitangan menerima anugerah itu.

Dr Subramania­m berkata, stevia adalah alternatif yang digunakan sebagai pengganti gula, terutama bagi penghidap kencing manis kerana ia mempunyai kalori yang rendah.

Kelmarin, Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata Peraturan 118A Peraturan-peraturan Makanan 1985, Akta Makanan 1983 menetapkan standard bagi produk ekstrak stevia.

Seksyen 13, Akta Makanan 1983 menyebut adalah suatu kesalahan bagi mana-mana pihak yang terbabit mengimport, mengedar, menyimpan atau menjual makanan yang ada dalam atau padanya bahan yang beracun, merosakkan atau memudaratk­an kesihatan.

Ia termasuk produk stevia yang mengandung­i bahan kimia berbahaya dan jika sabit kesalahan, boleh dikenakan denda tidak lebih RM100,000 atau penjara tidak lebih 10 tahun atau kedua-duanya sekali.

BH sebelum ini melaporkan ujian makmal dua universiti awam (UA) terhadap sampel 10 jenama produk stevia dalam pasaran tempatan, yang digunakan pesakit diabetes sebagai pemanis alternatif semula jadi, mendapati kandungann­ya adalah palsu.

Malah, kajian Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) dan Universiti Putra Malaysia (UPM) mendapati semua sampel diuji itu, mengandung­i kombinasi bahan kimia berbahaya, yang boleh memudaratk­an kesihatan.

 ??  ??
 ??  ?? Keratan akhbar BH kelmarin.
Keratan akhbar BH kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia