Berita Harian

Belum ada keputusan beli pesawat tempur Rafale

Pembelian mampu pertingkat kerjasama pertahanan, keselamata­n

- Oleh Irwan Shafrizan Ismail irwansha@bh.com.my

Malaysia belum membuat sebarang keputusan mengenai pembelian pesawat tempur pelbagai peranan (MRCA) buatan Perancis, Rafale, biarpun mengakui keupayaan jentera yang digunakan beberapa negara itu, kata Datuk Seri Najib Razak.

Bagaimanap­un, kata Perdana Menteri, kerajaan akan melihat kepada kemungkina­n itu (pembelian pesawat), terutama bagi memperting­katkan kerjasama dua hala antara dua negara, khususnya dalam bidang pertahanan dan keselamata­n.

“Seperti yang kita sedia maklum, Malaysia adalah pembeli utama peralatan ketenteraa­n buatan Perancis dan sebahagian perbincang­an hari ini (semalam) berkaitan kemungkina­n bagi perolehan kelengkapa­n ini, sebagai contoh, MRCA Rafale turut dibincangk­an.

Subjek utama kerjasama

“Kita melihat kepada kemungkina­n, namun belum bersedia buat keputusan, tapi kami ambil maklum kejayaan (Rafale) di beberapa negara dan kemungkina­n pesawat ini menjadi subjek dalam kerjasama dengan negara berkenaan,” katanya pada sidang media bersama Presiden Perancis, Francois Hollande, di Bangunan Perdana Putra, di sini semalam.

Terdahulu, Najib dan Hollande mengadakan mesyuarat bersama bagi membincang­kan hubungan kerjasama antara kedua-dua negara. Hollande tiba di Kompleks Bunga Raya Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur (KLIA) kelmarin bagi memulakan lawatan rasmi dua hari ke Malaysia.

Sementara itu Hollande berkata, Perancis akan memberi sokongan sewajarnya kepada Malaysia berkaitan jet Rafale, yang dihasilkan oleh Dassault Aviation SA.

“Menteri-menteri kami sudah pun berusaha bagi tujuan itu, apa yang ingin saya nyatakan ialah Rafale adalah jet terbaik dalam kategoriny­a dan kami cadangkan supaya dibincangk­an harga dan spesifikas­inya. Kami percaya anda akan membuat keputusan bila tiba masanya nanti,” katanya.

Perangi ekstremism­e

Dalam pada itu, Najib berkata Malaysia dan Perancis turut bersedia untuk bekerjasam­a erat dalam soal memerangi ekstremism­e serta keganasan global.

“Saya berkongsi dengan Presiden pengalaman dan cabaran yang kita hadapi, kami bersetuju untuk bekerjasam­a. Saya turut menyerahka­n kepadanya satu naskhah modul deredikali­sasi, yang berjaya dijalankan di negara ini dengan kadar kejayaan sebanyak 95 peratus.

“Kita berharap ini menjadi sumbangan kita, selain penubuhan Pusat Serantau Digital Memerangi Mesej Melalui Komunikasi dan gerakan kesederhan­aan global serta percaya kesederhan­aan adalah prinsip utama untuk kita terapkan dalam menangkis pengaruh militan dan ekstremism­e,” katanya.

Beliau berkata pertemuan itu turut membincang­kan kerjasama dalam sektor pelanconga­n, pembanguna­n sumber manusia dan pelajar Malaysia di Perancis, terutama dalam bidang sains serta teknologi.

“Secara keseluruha­nnya, ia adalah satu perbincang­an yang produktif dengan Presiden Hollande dan saya yakin lawatan ini mampu memperkuku­hkan hubungan rapat yang sedia terjalin antara kedua-dua negara,” katanya.

Kita melihat kepada kemungkina­n, namun belum bersedia buat keputusan, tapi kami ambil maklum kejayaan (Rafale) di beberapa negara dan kemungkina­n pesawat ini menjadi subjek dalam kerjasama dengan negara berkenaan” Najib Razak, Perdana Menteri

 ?? [FOTO FARIZ ISWADI ISMAIL/BH] ?? Najib bersalaman dengan Hollande selepas sidang media bersama di Bangunan Perdana Putra, Putrajaya, semalam.
[FOTO FARIZ ISWADI ISMAIL/BH] Najib bersalaman dengan Hollande selepas sidang media bersama di Bangunan Perdana Putra, Putrajaya, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia