Berita Harian

Songket bakal diketengah­kan di Muzium Perancis

-

Kuala Lumpur: Songket Malaysia antara barangan pameran yang bakal diketengah­kan di Muzium Kesenian Asia Guimet (France Musee Des Arts Asiatiques Guimet) berikutan penandatan­ganan Memorandum Persefaham­an (MOU) antara muzium itu dengan Muzium Kesenian Islam Malaysia.

Bercakap kepada wartawan di sini, semalam, Ketua Jabatan Kurator Muzium Kesenian Islam Malaysia, Dr Heba Nayel Barakat, berkata MOU ini akan mengukuhka­n lagi hubungan antara kedua-dua kerajaan dan mencipta lebih peluang untuk pertukaran budaya.

Katanya, perkongsia­n ini juga akan menyaksika­n lebih banyak pameran dari Malaysia ke Perancis dan sebaliknya, selain kedua-dua pihak bekerjasam­a dalam pembanguna­n sumber manusia, antaranya pertukaran tenaga kerja untuk mempelajar­i mengenai kebudayaan.

“Menerusi perkongsia­n ini, rakyat Perancis akan mempunyai peluang untuk belajar kebudayaan Melayu,” katanya sambil menambah MOU ini adalah penting kerana Malaysia menyasarka­n untuk melangkah melepasi Asia dan ingin dikenali di seluruh dunia.

Pameran dianjur

Heba berkata, perkongsia­n itu bermula sebaik sahaja MOU itu ditandatan­gani, dan pameran akan dianjurkan di kedua-dua negara dalam tempoh dua tahun.

Terdapat sejumlah peruntukan untuk kerjasama ini, katanya.

Majlis menandatan­gani Mou antara kedua-dua muzium itu disaksikan oleh Presiden Perancis Francois Hollande.

Hollande, yang diiringi menterimen­terinya, anggota Parlimen, pegawai dan delegasi perniagaan meluangkan masa selama 30 minit melawat Muzium Kesenian Islam yang diasaskan oleh Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary.

Beliau dalam lawatan negara selama dua hari di Malaysia bermula semalam dan ini adalah sebahagian daripada lawatan sulungnya ke rantau ASEAN termasuk lawatan negara ke Singapura dan Indonesia.

Ia adalah lawatan kedua Presiden Perancis ke Malaysia selepas lawatan negara oleh Presiden Jacques Chirac pada Julai 2003.

Menerusi perkongsia­n ini, rakyat Perancis akan mempunyai peluang untuk belajar kebudayaan Melayu” Heba Nayel Barakat, Ketua Jabatan Kurator Muzium Kesenian Islam Malaysia

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia