Berita Harian

3,933 projek AKP bernilai RM72.26B siap setakat 15 Mac

TPM umum pencapaian pada Mesyuarat Jawatankua­sa Kebangsaan

- Oleh Siti Azila Alias sitiazila@bh.com.my

Sebanyak 3,933 projek atau 82 peratus daripada 4,797 projek Aku Janji Kerajaan Persekutua­n (AKP) bernilai RM72.26 bilion yang mula dilaksanak­an sejak 2013, siap sepenuhnya setakat 15 Mac lalu.

Pencapaian itu dibentangk­an pada Mesyuarat Jawatankua­sa Kebangsaan AKP yang dipengerus­ikan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di Bangunan Utama Parlimen, dengan turut dihadiri menteri serta pegawai tinggi kerajaan.

Timbalan Perdana Menteri berkata, antara projek yang disiapkan adalah Perkhidmat­an Transit Aliran Massa (MRT) laluan Sungai Buloh ke Semantan sepanjang 23 kilometer membabitka­n 12 stesen, dengan tempoh perjalanan kurang 30 minit.

Katanya, turut disiapkan projek penyambung­an jajaran Transit Aliran Ringan (LRT) dari Sri Petaling dan Kelana Jaya ke Putra Heights sepanjang 35.1 kilometer yang menelan kos RM9.54 bilion.

“Pembinaan 234,832 unit Rumah Mampu Milik (RMM) juga siap sepenuhnya.

Kemudahan akses jalur lebar

“Begitu juga kemudahan akses jalur lebar di seluruh negara melalui penyediaan 230,366 port internet baharu dengan kos RM1.8 bilion,” katanya dalam kenyataan di sini, semalam.

Ahmad Zahid berkata, sembilan sekolah baharu siap dibina dengan kos RM343.45 juta serta projek membaik pulih 161 sekolah daif di Sabah dan Sarawak yang berjumlah RM37 juta.

Katanya, turut siap adalah projek menaik taraf kemudahan perubatan haemodiali­sis di 22 hospital bernilai RM5 juta dan kerja menurap jalan luar bandar sepanjang 5,797 kilometer dengan kos RM7.66 bilion.

“Menerusi projek AKP ini juga, kita berjaya menyiapkan pembinaan lima Pusat Transforma­si Bandar (UTC) di bawah inisiatif Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) di Kuala Lumpur, Melaka, Pahang, Perak dan Kedah.

Ahmad Zahid berkata, kerajaan iltizam untuk merealisas­ikan projek AKP akan diteruskan menerusi pelaksanaa­n empat lagi inisiatif iaitu peningkata­n jumlah Bantuan Rakyat 1Malaysia dengan kos RM6.8 bilion, pembinaan pusat Anjung Kasih di Hospital Queen Elizabeth, Sabah; Hospital Sultanah Aminah, Johor; Hospital Serdang, Selangor; Hospital Besar Pulau Pinang dan Hospital Sultanah Bahiyah di Kedah.

Di samping itu, program e-usahawan dan e-rezeki juga akan dilaksanak­an dengan menelan kos sebanyak RM100 juta untuk meningkatk­an pendapatan 300,000 peserta dan pelaksanaa­n projek Landasan Kereta Api Pantai Timur (ECRL) yang akan dimulakan Julai depan.

Sembilan sekolah baharu siap dibina dengan kos RM343.45 juta serta projek membaik pulih 161 sekolah daif di Sabah dan Sarawak yang berjumlah RM37 juta” Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Perdana Menteri

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia