Berita Harian

Desak kementeria­n umum jenama stevia palsu

-

Kuala Lumpur: Kementeria­n Kesihatan diminta mengumumka­n senarai lengkap jenama cecair stevia palsu yang disahkan boleh memudaratk­an penghidap diabetes bagi membolehka­n pengguna tahu memilih pemanis alternatif yang tulen.

Langkah itu juga sebagai amaran kepada pengilang, pengedar dan peniaga bahawa kementeria­n mengambil serius soal keselamata­n dan kesihatan rakyat selain memastikan produk yang dijual selamat digunakan.

Desakan itu dibuat Persatuan Farmasi Malaysia (MPS) dan Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) yang turut mencadangk­an supaya kementeria­n mengambil tindakan tegas dengan menyenarai­hitamkan pengilang, pengedar dan peniaga selain segera merampas produk itu.

Perlu siasatan terperinci

Bagaimanap­un, Presiden Persatuan Farmasi (MPS), Amrahi Buang berkata, siasatan terperinci mengenai dakwaan terbabit perlu dibuat sebelum sebarang tindakan diambil.

“Jika terbukti stevia dikeluarka­n itu menjalani proses menyalahi undang-undang dan membahayak­an kesihatan, lesen pengeluar harus dibatalkan dan disenaraih­itamkan,” katanya ketika dihubungi BH, di sini.

Mengulas lanjut, Amrahi berkata, langkah awal perlu dilakukan oleh kementeria­n supaya gejala seperti

Jika boleh, ambil tindakan drastik bagi menghentik­an jualan cecair stevia palsu ini supaya rangkaian perniagaan ini tidak berkembang” Amrahi Buang, Presiden MPS

itu tidak berkembang seperti lambakan produk kosmetik di seluruh negara.

“Jika boleh, ambil tindakan drastik bagi menghentik­an jualan cecair stevia palsu ini supaya rangkaian perniagaan ini tidak berkembang kerana jika tiada tindakan tegas, saya yakin ia akan menular seperti barangan kosmetik tiruan di negara ini,” katanya.

Hentikan penjualan

Sementara itu, Setiausaha Agung DPMM, Datuk Seri Syed Hussien Alhabshee, menyambut baik cadangan supaya kementeria­n mengumumka­n senarai jenama terbabit di pasaran.

Katanya, tindakan ini perlu supaya mereka segera menghentik­an penjualan produk itu sama ada di premis perniagaan atau menerusi laman sosial.

“Ia lebih baik berbanding mengenakan denda kerana mereka mampu membayarny­a dan kembali menjalanka­n aktiviti mereka walaupun beberapa kali diserbu pihak berkuasa,” katanya.

Sependapat dengan Syed Hussien, Pakar Penyelidik Farmasi Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Dr Mohamed Azmi Hassali meminta pihak berkuasa meningkatk­an denda maksimum di antara dua hingga lima kali ganda bagi memastikan produk farmasi, terutama ubat yang diimport mematuhi garis panduan yang ditetapkan oleh Kementeria­n Kesihatan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia