Berita Harian

Punca generasi muda terbabit rasuah perlu dikaji

-

Ipoh: Kerajaan menerusi universiti awam perlu melakukan kajian bagi mengenal pasti kenapa kegiatan rasuah semakin menular dalam kalangan generasi muda.

Kajian itu penting kerana perangkaan menunjukka­n 1,046 atau 55 peratus daripada 1,902 individu ditahan Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada 2015 adalah generasi muda.

Presiden Transparen­cy Internatio­nal-malaysia (TI-M), Datuk Akhbar Satar, berkata kerajaan harus mencari punca rasuah berlaku dalam kalangan golongan muda iaitu yang berusia 40 tahun ke bawah.

Kenal pasti punca

“Setakat ini, belum ada kajian oleh mana-mana pihak khususnya institut pengajian tinggi dalam mengenal pasti sebabnya, adakah kerana faktor gaji, cara dibesarkan atau pendedahan,” katanya.

Beliau bercakap pada sidang media selepas menyampaik­an Bicara Eksekutif bertajuk ‘Integriti Di Ha- ti’ pada majlis menandatan­gani Ikrar Bebas Rasuah Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Negeri Perak di sini, semalam.

Yang turut hadir sama, Pengarah SPRM Perak, Datuk Noraziah Abdul Manaf dan Pemangku Pengarah JKDM Perak, Mohd Nordin Abdullah.

Isu integriti

Akhbar berkata, sehingga kini faktor ingin hidup mewah melampaui pendapatan bulanan disyaki menjadi punca ramai generasi muda terbabit dengan isu integriti seterusnya terbabit dengan kegiatan rasuah.

Sehubungan itu, katanya, sudah sampai masanya kerajaan memperkena­lkan pendidikan integriti bermula di peringkat prasekolah sebagaiman­a dilakukan di beberapa negara seperti Jepun, Sweden dan Thailand.

“Kita perlu memastikan guru yang mengajar kanak-kanak prasekolah adalah mereka yang berkemahir­an dalam pembanguna­n kanak-kanak serta memahami psikologi mereka di peringkat usia itu,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia