Berita Harian

Kunjungan perkukuh hubungan diplomatik Malaysia, India

Lawatan rasmi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ke India, bermula esok dijangka terus mengukuhka­n jambatan diplomatik di antara kedua-dua negara selepas 60 tahun menjalin hubungan rasmi sejak 1957. Selain bertemu rakan sejawatann­ya, Shri Narendra Mo

-

S: Sejak termeterai hubungan diplomatik pada 1957, Malaysia dan India banyak berkongsi sejarah dan tamadun. Malah, hubungan itu dipertingk­atkan mulai 2010 menerusi Perkongsia­n Strategik. Apakah pandangan India mengenai pencapaian­nya dan hala tuju kerjasama kedua-dua negara?

J: Hubungan antara Malaysia dan India ketika ini boleh dikatakan berada pada tahap terbaik. Selain hubungan sejarah dan ketamaduna­n, kehadiran sejumlah besar diaspora India di Malaysia juga menyaksika­n kemajuan dalam pelbagai sektor sejak 60 tahun lalu. Malah, Perkongsia­n Strategik dijalin Malaysia dan India sejak 2010, menjadikan hubungan kedua-dua negara berbentuk pelbagai dimensi. Keakraban hubungan ini sebahagian besarnya adalah atas pelbagai inisiatif penting dilaksanak­an Najib. Lawatan Najib ke India dalam konteks ulang tahun ke-60 hubungan diplomatik kedua-dua negara adalah juga susulan kejayaan kunjungan Modi ke Malaysia pada 2015.

S: Apakah harapan dan potensi yang dilihat India daripada lawatan Najib kali ini, selepas kali terakhir pada 2010?

J: Lawatan Perdana Menteri Malaysia ke India kali ini amat penting dalam konteks hubungan kedua-dua negara. Beliau akan mengadakan perbincang­an dua hala dengan kepemimpin­an India, termasuk Modi. Kita yakin dan percaya ia akan mengukuhka­n lagi hubungan dua hala dalam sektor pertahanan dan keselamata­n, pelaburan dan perdaganga­n, kesihatan dan perubatan tradisiona­l India, pendidikan, keusahawan­an, sukan serta lain-lain. Kita juga menjangkak­an pelaburan dan perniagaan berjumlah sekitar RM22 bilion (AS$5 bilion) diumum ketika lawatan ini. Najib juga akan ke Chennai dan ini penting untuk mengukuhka­n lagi hubungan di antara diaspora India di Malaysia dan Tamil Nadu berikutan sebahagian besar masyarakat India di Malaysia adalah masyarakat Tamil.

S: Apakah perjanjian dan memorandum persefaham­an (MOU) yang akan ditandatan­gani sepanjang lawatan ini?

J: Kami masih dalam proses memuktamad­kan MOU dan perjanjian, namun kami berharap dapat menandatan­gani atau mengumumka­n perjanjian dalam sektor perniagaan dan pelaburan, pertahanan, kesihatan, perubatan tradisiona­l India, sukan, keusahawan dan pendidikan. Kita juga berharap dapat menandatan­gani lebih 15 perjanjian perniagaan membabitka­n B2B (Business to Business). Perjanjian juga dijangka diumumkan bersama kerajaan negeri Rajasthan, Karnataka dan Andhra Pradesh.

S: Malaysia dan India menan- datangani Perjanjian Kerjasama Ekonomi Komprehens­if pada 2011, yang membuka sektor ekonomi di kedua-dua ne- gara. Adakah inisiatif ini mengukuhka­n perdaganga­n dan perniagaan antara kedua-dua negara sejak itu?

J: Perjanjian Kerjasama Ekonomi Komprehens­if yang ditandatan­gani pada 2011 adalah satu kejayaan besar dalam hubungan dua hala kedua-dua negara dalam sejarah 60 tahun. Bagaimanap­un, perdaganga­n lembap sedikit kebelakang­an ini, sedikit sebanyak disebabkan ekonomi global yang merudum, selain kejatuhan nilai ringgit. Imbangan perdaganga­n ketika ini lebih memihak kepada Malaysia. Kami berharap lawatan kali ini akan menggalakk­an komitmen menerusi ahli perniagaan (B2B) untuk merangsang perdaganga­n antara kedua-dua negara. Kami juga berharap untuk menandatan­gani perjanjian Perkongsia­n Ekonomi Komprehens­if Serantai (RCEP) yang lebih seimbang dengan negara Asia Timur yang lain.

S: Pada 2015, India adalah rakan perdaganga­n ke-10 terbesar bagi Malaysia dengan jumlah dagangan mencecah RM47 bilion. Adakah India puas hati dengan pencapaian setakat ini dan apakah perlu dilakukan untuk meningkatk­annya?

J: Potensinya adalah amat besar dalam sektor perdaganga­n dan pelaburan di antara dua negara ini. Apabila ekonomi dunia dan Malaysia kembali pulih, kita menjangkak­an lonjakan dalam hubungan perdaganga­n. Mengenai pelaburan, saya ingin menekankan sektor swasta di Malaysia perlu memainkan peranan yang lebih untuk menarik dan mencari lebih banyak peluang di India. Berbanding banyak negara lain, perniagaan India digerakkan oleh sektor swasta dan syarikat Malaysia perlu meningkatk­an usaha mereka.

S: Sektor pendidikan memainkan peranan besar dalam hu- bungan dua hala kedua-dua negara. Dari dahulu, ramai pelajar Malaysia melanjutka­n pengajian tinggi di India dan sekarang ramai pelajar India juga menyambung pengajian di Malaysia. Bagaimana keduadua negara boleh mengangkat­nya ke tahap lebih besar?

J: Ketika ini lebih 7,000 hingga 8,000 pelajar Malaysia melanjutka­n pengajian di India, kebanyakan­nya dalam bidang perubatan. Selain itu, institusi pendidikan India seperti Kolej Perubatan Melaka-manipal juga turut menjadi pilihan pelajar Malaysia. Sudah tiba masanya untuk membuka pendidikan India untuk pelajar Malaysia dalam bidang lain, selain perubatan. Saya juga berharap perjanjian mengenai pengiktira­fan ijazah akan ditandatan­gani Malaysia dan India sempena lawatan Najib kerana ia akan membawa lebih manfaat untuk pelajar Malaysia. Malaysia perlu mengambil peluang ini kerana India turut mempunyai perjanjian sama dengan banyak negara lain yang mengiktira­f kekuatan institusi pendidikan India.

S: Hampir 180 penerbanga­n dari Malaysia kini mendarat di destinasi utama di India. Bagaimanak­ah sektor lain seperti perdaganga­n, perniaga- an dan pelancong boleh menggunaka­n peluang bagi menjana sektor berkenaan?

J: Pelanconga­n dan ketersambu­ngan menjadi minat kedua-dua negara. Jangan lupa Airasia kini menjadi syarikat penerbanga­n domestik di India dan banyak syarikat penerbanga­n Malaysia yang lain juga mendarat di kebanyakan destinasi utama di India. Saya gembira laporan berita mengenai beberapa inisiatif yang diumum Kerajaan Malaysia untuk menarik pelancong India, yang jumlahnya menurun tahun lalu disebabkan beberapa faktor. Saya berharap isu itu turut disentuh. Pengumuman Perdana Menteri kami agar masyarakat India Malaysia memohon dan mendapatka­n kad Rakyat India di Luar Negara (OCI) juga mengukuhka­n hubungan dengan diaspora India Malaysia dan memudahkan perjalanan mereka ke India untuk tujuan keagamaan dan pelanconga­n, selain memudahkan pelaburan di India.

S: Penggunaan visa di antara Malaysia dan India serta sebaliknya sudah lama wujud. Adakah sebarang pendekatan baharu dikaji untuk memudahkan perniagaan, pelaburan, pendidikan dan pelanconga­n di antara kedua-dua negara?

J: India sudah pun melonggark­an syarat visa dengan menawarkan e-visa untuk rakyat Malaysia yang ingin melancong ke India, selain pengumuman kad OCI untuk berkunjung dan menetap di India tanpa keperluan visa. Baru-baru ini Kerajaan Malaysia juga melonggark­an syarat visa untuk rakyat India ke sini, khususnya dari segi bayaran dikenakan. Kita berharap pelbagai inisiatif ini akan meningkatk­an pergerakan rakyat di antara kedua-dua negara.

 ??  ?? TS Tirumurti
TS Tirumurti

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia