Berita Harian

Jalan Batu kekal buntu

DBKL dakwa bukan bawah seliaannya, sebaliknya bawah pemaju

- Oleh Mohd Fharkhan Abdul Ghapar bhnews@bh.com

Terpaksa tunggu lagi! Itulah yang perlu ditanggung penduduk sekitar Jalan Batu di Kampung Semarak, di sini, bagi membolehka­n impian mereka untuk menyaksika­n jalan berkenaan yang menjadi laluan utama ke pusat bandar dilebarkan, tercapai

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menyatakan jalan berkenaan bukan di bawah penyeliaan pihaknya.

Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Mhd Amin Nordin Abd Aziz, ketika ditemui pada majlis Anugerah Perkhidmat­an Cemerlang Kementeria­n Wilayah Persekutua­n, di sini, semalam, berkata jalan berkenaan adalah milik pemaju dan bukan terletak di bawah pihak berkuasa tempatan itu.

Beliau yang diminta mengulas laporan Halaman Kota semalam, berhubung kesusahan yang dihadapi penduduk yang terpaksa berhadapan dengan jalan berkenaan yang sempit dan sesak sepanjang hari selain sering mengundang kemalangan terutama membabitka­n penunggang motosikal, enggan memberikan sebarang komen dan hanya mengatakan ia di bawah tanggungja­wab pemaju.

Sering berlaku banjir

Halaman Kota semalam, menyiarkan keluhan penduduk kawasan perumahan sekitar jalan berkenaan yang sejak sekian lama terpaksa mengharung­i kesesakan setiap hari di Jalan Batu yang bukan sahaja sempit malah ada tempat yang berlubang.

Jalan berkenaan juga tidak mempunyai lampu jalan yang mendatangk­an bahaya kepada pelajar sekolah terutama pada waktu pagi selain tidak mempunyai sistem pengairan yang sempurna menyebabka­n sering berlaku banjir apabila hujan.

Sebelum ini, penduduk mendakwa, aduan berhubung permintaan mereka untuk melebarkan Jalan Batu tidak mendapat perhatian mana-mana pihak, bagaimanap­un aduan berhubung kerosakan yang berlaku di jalan itu didapati dilaksanak­an oleh DBKL.

Penduduk PPR Sri Semarak, Ismail Othman, mendakwa apa yang diperhatik­annya, DBKL akan menjalanka­n kerja pembaikan bila aduan dikemukaka­n kepada pihak berkaitan berhubung kerosakan yang berlaku di jalan berkenaan.

“Sampai bila nak tampal... apa yang penduduk mahukan adalah jalan ini dilebarkan sesuai dengan bilangan pengguna yang melalui jalan berkenaan setiap hari yang juga menjadi laluan utama bas yang membawa pelajar Universiti Teknologi Malaysia dari asrama ke kampus,” katanya.

Katanya, selain itu, Jalan Batu juga menjadi laluan alternatif penduduk Wangsa Maju dan sekitarnya untuk ke pusat bandar.

Sementara itu, Pengurusan Lebuhraya Duta-ulu Kelang (DUKE) yang dihubungi mendakwa, jalan berkenaan terletak di bawah DBKL. Jalan Batu terletak kira-kira 100 meter dari susur masuk ke lebuh raya berkenaan.

Proses pelebaran jalan

Jurucakapn­ya memberitah­u, sememangny­a jalan di sekitar Jalan Batu yang terletak berhampira­n lebuh raya itu sedang mengalami proses pelebaran terutama di Jalan Sultan Yahya Petra yang menjadikan ia tiga lorong.

Bagaimanap­un, Jalan Batu adalah di luar sempadan penyelengg­araan DUKE, jadi pihaknya tidak dapat berbuat apa-apa berhubung jalan yang sempit itu, katanya.

Dalam perkembang­an sama, Ahli Parlimen Setiawangs­a, Datuk Ahmad Fauzi Zahari yang dihubungi berkata, pihaknya akan membuat penjelasan berhubung masalah yang dihadapi penduduk sekitar Jalan Batu dalam masa terdekat.

 ?? [FOTO YATZIT RAZALI/BH] ?? Pembinaan jalan di Jalan Semarak menambah lagi kesesakan.
[FOTO YATZIT RAZALI/BH] Pembinaan jalan di Jalan Semarak menambah lagi kesesakan.
 ??  ?? Jalan yang sempit menyebabka­n kesesakan di Jalan Batu berhampira­n Kampung Semarak.
Jalan yang sempit menyebabka­n kesesakan di Jalan Batu berhampira­n Kampung Semarak.
 ??  ?? Keratan akhbar BH keluaran semalam.
Keratan akhbar BH keluaran semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia