Berita Harian

Banyak bangunan tak selamat

Premis terutama milik kerajaan tiada Sijil Perakuan Bomba

- Oleh Aliff Ashraf Fadzilah bhnews@bh.com.my

Masih banyak bangunan di bandar raya ini terutama milik kerajaan yang belum berdaftar dengan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) bagi mendapatka­n Sijil Perakuan Bomba (FC) yang menyatakan bangunan berkenaan memiliki ciri-ciri keselamata­n berkaitan kebakaran.

FC juga berperanan memudahkan kerja-kerja menyelamat dan memadam kebakaran sekiranya berlaku sesuatu kecemasan atau kejadian kebakaran di bangunan berkenaan.

Ketua Pengarah JBPM, Datuk Wira Wan Mohd Nor Ibrahim, berkata setakat ini hanya 719 pemilik bangunan di bandar raya ini yang memiliki FC dengan kebanyakan­nya adalah premis milik swasta.

Kekangan kewangan dan peruntukan untuk tujuan itu dipercayai antara sebab mengapa ada bangunan kerajaan yang tidak memiliki FC selain beberapa syarat lain yang membolehka­n sesebuah bangunan diberikan FC, katanya.

Wajib mohon FC

Katanya, sijil itu berfungsi sebagai perakuan sesebuah bangunan yang diduduki melepasi aspek keselamata­n yang ditetapkan pihak bomba dan wajib dimohon setiap premis sama ada milik kerajaan atau swasta selepas mendapat Sijil Layak Menduduki (CF).

Di bawah Akta 341 Perkhidmat­an Bomba 1988, JPBM boleh mengenakan saman terhadap pemilik bangunan yang tidak memilik FC yang mana jumlah maksimum adalah sebanyak RM5,000, katanya.

“Biasanya JBPM akan memberi amaran dan teguran terlebih dahulu... jika pemilik bangunan masih berdegil barulah saman dikeluarka­n.

“JBPM berharap lebih banyak pemilik bangunan memohon FC yang bukan sahaja dapat menyelamat­kan premis mereka daripada kejadian kebakaran tetapi juga dapat menghindar­kan mereka yang berada di dalamnya menjadi mangsa.”

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada sidang media selepas menyerahka­n Sijil FC kepada pengurusan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) di sini, semalam.

Wan Mohd Nor berkata, ada juga pemilik bangunan memberikan alasan bangunan berkenaan masih baru dan belum masanya memohon FC selain ada bangunan yang diubah suai untuk kegunaan lain secara tidak sah menyebabka­n pemiliknya tidak memohon FC

Dalam perkembang­an sama, beliau berkata, JBPM juga menyaranka­n premis yang sudah memiliki FC turut dilengkapi Sistem Pengawasan Kebakaran Automatik (SPKA), satu sistem yang dibangunka­n bagi menghubung­kan terus bangunan berkenaan dengan Balai Bomba terdekat sekiranya berlaku kejadian kebakaran.

Wan Mohd Nor berkata, dengan adanya sistem SPKA, ia membolehka­n Balai Bomba mendapat maklumat dengan segera bila berlaku sesuatu kejadian di premis berkenaan, katanya

JBPM berharap lebih banyak pemilik bangunan memohon FC yang bukan sahaja dapat menyelamat­kan premis mereka daripada kejadian kebakaran tetapi juga dapat menghindar­kan mereka yang berada di dalamnya menjadi mangsa” Wan Mohd Nor Ibrahim, Ketua Pengarah JBPM,

 ??  ?? Wan Mohd Nor ketika memeriksa Sistem Pengawasan Kebakaran Automatik yang dihubungka­n ke Pusat Gerakan Operasi Ibu Pejabat Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, semalam.
EMEL
Wan Mohd Nor ketika memeriksa Sistem Pengawasan Kebakaran Automatik yang dihubungka­n ke Pusat Gerakan Operasi Ibu Pejabat Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, semalam. EMEL
 ??  ?? Wan Mohd Nor ketika membuat lawatan ke Ibu Pejabat Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur.
Wan Mohd Nor ketika membuat lawatan ke Ibu Pejabat Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia