Berita Harian

Tujuh elemen tangani isu jenayah seksual kanak-kanak

Rang undang-undang terpakai bagi kanak-kanak bawah 18 tahun

- Laporan Nazura Ngah, Luqman Arif Abdul Karim dan Faris Fuad bhnews@bh.com.my

Rang Undang-undang Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 yang dibentangk­an di Dewan Rakyat semalam untuk bacaan kali pertama mengandung­i tujuh elemen penting bagi menangani isu jenayah seksual kanak-kanak secara menyeluruh.

Elemen diperuntuk­kan dalam rang undang-undang berkenaan adalah bagi kesalahan tambahan untuk menyokong undang-undang sedia ada iaitu peruntukan bagi kesalahan berkaitan pornografi kanak-kanak; kesalahan terhadap aktiviti pengantuna­n kanak-kanak (child grooming); kesalahan berkaitan dengan amang seksual (sexual assault); kesalahan amang seksual fizikal; kesalahan amang seksual bukan fizikal.

Elemen lain mengandung­i peruntukan mengenai hukuman dikenakan terhadap orang yang mempunyai hubungan kepercayaa­n dengan kanak-kanak bagi kesalahan dilakukan mengikut rang undang-undang berkenaan dan peruntukan mengenai kebolehper­cayaan serta keterangan saksi.

Rang undang-undang itu dibentangk­an oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said. Bacaan kali kedua dan ketiga dijangka dilaksanak­an pada mesyuarat sama.

Budak bawah 18 tahun

Rang undang-undang mengandung­i 26 fasal dan tujuh bahagian itu yang terpakai bagi kanak-kanak berumur bawah 18 tahun turut memperuntu­kkan pemakaian luar wilayah.

Jika sesuatu kesalahan dilakukan mengikut akta yang akan dinamakan Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 oleh rakyat Malaysia terhadap kanak-kanak di luar negara, individu berkenaan boleh disabitkan kesalahan itu seolaholah ia dilakukan dalam negara.

Rang undang-undang berkenaan antaranya memperuntu­kkan hukuman penjara maksimum 30 tahun dan tidak kurang enam sebatan bagi kesalahan membuat, menghasilk­an, mengarahka­n pembuatan atau penghasila­n, mengambil bahagian, menyertai atau membabitka­n diri dengan apa-apa cara dalam pembuatan, penghasila­n atau pengarahan pembuatan atau penghasila­n sebarang pornografi kanakkanak.

Fasal enam pula memperuntu­kkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan membuat persediaan untuk membuat, menghasilk­an atau mengarahka­n pembuatan atau penghasila­n pornografi kanak-kanak.

Di bawah fasal tujuh, individu disabitkan dengan kesalahan menggunaka­n atau menyebabka­n seorang kanak-kanak digunakan dalam persediaan untuk membuat, menghasilk­an atau dalam persediaan untuk mengarahka­n pembuatan atau penghasila­n boleh dihukum penjara maksimum 20 tahun dan tidak kurang lima sebatan.

Fasal 8 memperuntu­kkan hukuman bagi kesalahan bertukartu­kar, menerbitka­n, menjual, menyewakan, mengedar, menunjukka­n, mengiklank­an, menghantar, menggalakk­an, mengimport, mengekspor­t, menyampaik­an, menawarkan atau menjadikan tersedia, mengikut apa-apa cara dan apa-apa pornografi kanak-kanak.

Penjara maksimum 15 tahun

Jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara maksimum 15 tahun dan tidak kurang tiga sebatan. Hukuman sama juga tertakluk bagi kesalahan memperoleh, mengumpul atau meminta apa-apa pornografi kanak-kanak atau mengambil bahagian dalam atau menerima keuntungan daripada apaapa perniagaan.

Bahagian tiga rang undang-undang itu mengadakan peruntukan hukuman bagi kesalahan berkaitan pengantuna­n kanak-kanak yang dirangkum dalam tiga fasal. Jika sabit kesalahan pengantuna­n kanak-kanak, hukuman penjara maksimum lima tahun dan sebatan boleh dikenakan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia