Berita Harian

Status pampasan belum diketahui

-

Kuala Lumpur: Kerajaan Arab Saudi belum memaklumka­n status pembayaran pampasan kepada mangsa tragedi kren tumbang di Masjidil Haram pada September 2015.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, berkata Lembaga Tabung Haji (Tabung Haji) sudah menyerahka­n senarai nama jemaah haji yang terkorban dan cedera kepada pihak berkuasa Arab Saudi pada tahun sama bagi tujuan mengenal pasti mangsa dan waris mangsa terbabit.

Beliau berkata, pembayaran pampasan kepada tragedi itu adalah hak mutlak kerajaan Arab Saudi.

“Tabung Haji sentiasa berhubung dengan pihak berkuasa Arab Saudi bagi mendapatka­n perkembang­an semasa dan akan memaklumka­n jika terdapat maklumat terkini daripada pihak berkuasa berkenaan,” katanya menjawab soalan Ahmad Marzuk Shaary (Pas-bachok) di Dewan Rakyat, semalam.

Ahmad Marzuk meminta Perdana Menteri menyatakan status pemberian pampasan kepada jemaah haji mangsa tragedi kren runtuh di Makkah pada 2015.

Dalam tragedi itu, tujuh rakyat Malaysia terkorban, manakala 12 lagi jemaah cedera.

Tiga kategori pampasan

Sebelum ini Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz Al Saud dilaporkan bersetuju membayar pampasan kepada semua mangsa yang terbabit dalam nahas kren runtuh di Masjidil Haram.

Memetik laporan Saudi Press Agency, nilai pampasan ini dikategori­kan kepada tiga bahagian iaitu kepada jemaah meninggal dunia, jemaah cedera yang hilang keupayaan kekal dan jemaah yang hanya mengalami kecederaan biasa.

RM1.18 juta cacat kekal

Bagi jemaah meninggal dunia dan jemaah yang hilang keupayaan kekal, mereka akan dibayar SR1 juta (RM1.18 juta) sementara yang mengalami kecederaan yang membolehka­n mereka pulih seperti biasa pula akan diberi pampasan SR500,000 (RM588,976).

Menjawab soalan tambahan Datuk Bung Moktar Radin (Bnkinabata­ngan) mengenai peranan kerajaan Malaysia dan Tabung Haji, Asyraf Wajdi berkata, seminggu selepas kejadian itu, Tabung Haji memberikan pampasan takaful kepada waris tujuh mangsa yang terkorban melalui pelan perlindung­an takaful berkelompo­k.

 ??  ?? Asyraf Wajdi Dusuki
Asyraf Wajdi Dusuki

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia