Berita Harian

4K teras bina generasi unggul

Institusi pendidikan tinggi berperanan garap konsep wasatiyyah

- Oleh Fahmy Azril Rosli fahmy.azril@bh.com.my

Pentafsira­n konsep wasatiyyah sebenarnya menyentuh aspek keadilan, keseimbang­an dan kecemerlan­gan yang dapat dimanfaatk­an segenap masyarakat wa- laupun berbeza latar belakang, kata Pengarah Institut Wasatiyyah Malaysia, Jabatan Perdana Menteri, Datuk Mohd Yusof Din.

Beliau berkata, jika prinsip 4K (kesederhan­aan, keadilan, keseimbang­an dan kecemerlan­gan) digembleng bersama, ia akan dapat melahirkan insan terbilang dari segi jasad, rohani serta mentaliti.

Pembinaan generasi

Katanya, peranan institusi pendidikan seperti sekolah amat penting supaya konsep wasatiyyah dapat digarap dalam kalangan murid pada peringkat akar umbi supaya menjadi insan berguna untuk negara.

“Pembinaan generasi unggul memerlukan asas pendidikan berkualiti bersifat menyeluruh. Cabaran pada masa kini amat berliku dan memerlukan kita terutama generasi muda bersedia menghadapi rintangan bukan secara individu tetapi bersama.

“Jika sektor pendidikan dapat diperkasak­an dan memainkan peranan dalam membentuk masyarakat melalui konsep wasatiyyah, saya percaya kita mampu melahirkan manusia hebat yang dilengkapi modal insan tinggi untuk menjadi pemimpin.

“Bagaimanap­un, pendidik bukan tertumpu di sekolah saja. Institusi kekeluarga­an seperti ibu bapa dan masyarakat juga perlu berperanan menjadi pendidik bagi memastikan keberlangs­ungan teori dan praktikal konsep wasatiyyah ini dapat dimanfaatk­an sebaik mungkin,” katanya berucap di Konvensyen Pendidikan Kenegaraan Berlandask­an Pendekatan Wasatiyyah anjuran Kementeria­n Pendidikan di Institusi Aminuddin Baki di sini, semalam.

Tangkis ekstremism­e

Mohd Yusof berkata, pelbagai cabaran dari luar dan dalam menjadikan konsep wasatiyyah pendekatan terbaik menangkis segala cabaran mendatang.

Katanya, konsep wasatiyyah mampu menangani isu perpaduan dan integrasi, selain berfungsi sebagai ejen penyatuan kerana sikap bersederha­na itu dapat mematahkan pengaruh ekstremism­e serta liberalism­e.

“Ketaasuban agama sehingga menyebabka­n tercetusny­a Islamofobi­a yang kian menular di negara Barat dan Eropah sehingga memberi kesan terhadap negara Islam dapat dihakis apabila agama tidak disemarakk­an secara berlebihan melalui pendekatan wasatiyyah,” katanya.

 ?? [FOTO SALHANI IBRAHIM/BH] ?? Mohd Yusof (dua dari kanan) beramah mesra dengan peserta Konvensyen Pendidikan Kenegaraan Berlandask­an Pendekatan Wasatiyyah di Institut Aminuddin Baki, Genting Highlands,
[FOTO SALHANI IBRAHIM/BH] Mohd Yusof (dua dari kanan) beramah mesra dengan peserta Konvensyen Pendidikan Kenegaraan Berlandask­an Pendekatan Wasatiyyah di Institut Aminuddin Baki, Genting Highlands,

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia