Berita Harian

Konsep terbaik tangani isu perpaduan

-

Genting Highlands: Konsep wasatiyyah diyakini dapat dijadikan pendekatan terbaik bagi menyelesai­kan kemelut terutama membabitka­n isu perpaduan.

Pengarah Pusat Islamisasi Universiti Islam Antarabang­sa Malaysia (UIAM), Prof Madya Dr Akmal Khuzairy Abd Rahman, berkata konsep wasatiyyah menampilka­n Islam sebagai satu cara untuk panduan yang relevan dalam konteks manusia, masa dan tempat.

Beliau berkata, kecemerlan­gan akan dikecapi dengan menyasarka­n pendidikan agama sebagai wadah pembinaan sahsiah dan penyelesai­an masalah.

Konsep wasatiyyah yang membawa maksud kesederhan­aan perlu menekankan aspek kesaksamaa­n, kecemerlan­gan dan keseimbang­an bagi memastikan setiap kaum tidak menganggap mereka disisihkan.

Pembinaan intelek

“Pendidikan agama juga perlu dilihat di antara konteks pembinaan intelek, emosi, rohani, jasad dan pembentuka­n identiti.

“Tiada apa yang radikal mengenai konsep wasatiyyah kerana ia mempromosi­kan semangat integrasi antara kaum dan agama, hanya perlu diamalkan saja.

“Saya percaya tiada masalah bagi orang bukan Islam menerapkan nilai daripada konsep wasatiyah yang jelas menjulang kemakmuran dan kemajmukan dalam kehidupan bermasyara­kat,” katanya selepas pembentang­an kertas kerja bertajuk ‘Peranan Pendidikan Kenegaraan Dalam Menentukan Hala Tuju Negara’ sempena Konvensyen Pendidikan Kenegaraan Berlandask­an Pendekatan Wasatiyyah anjuran Kementeria­n Pendidikan di Institusi Aminuddin Baki di sini, semalam.

Sementara itu, Felo Utama Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), Prof Madya Dr Shamrahayu A Aziz, berkata penjawat awam diminta menjadi ejen penyampai dan penyebaran konsep wasatiyah kepada masyarakat.

Susulan itu, beliau mencadangk­an setiap kementeria­n dan agensi kerajaan mengadakan forum atau konvensyen bagi melengkapk­an setiap penjawat awam dengan input berhubung konsep wasatiyyah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia