Berita Harian

Mendekatka­n IKIM kepada masyarakat

Pengunjung boleh saksikan sendiri operasi IKIMFM, TVIKIM, IKIM’S Got Talent

- Oleh Hasliza Hassan

Memilih premis sendiri sebagai lokasi Karnival Ulang Tahun Ke-25 IKIM adalah pendekatan terbaik untuk memperkena­lkan Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) dengan lebih dekat kepada masyarakat.

Mungkin ramai sudah biasa mendengar nama IKIM tetapi kurang arif mengenai kedudukan institusi yang banyak menjalanka­n penyelidik­an dan kajian berkaitan isu membabitka­n Islam dalam menghadapi cabaran semasa.

Ketua Pengarah IKIM, Prof Datuk Dr Azizan Baharuddin, berkata penganjura­n karnival di Bangunan IKIM yang terletak di Langgak Tunku, Kuala Lumpur itu juga membuka peluang masyarakat berkongsi pengalaman dan pencapaian diraih institusi itu sepanjang 25 tahun penubuhann­ya.

Katanya, pelbagai aktiviti serta program yang dianjurkan oleh IKIM dapat dihayati pengunjung menerusi pameran yang diadakan sepanjang tiga hari karnival yang bermula dari 31 Mac hingga 2 April ini.

“Selama ini masyarakat hanya mendengar mengenai IKIM menerusi media elektronik dan membacanya di media cetak atau media sosial. Namun, pada tarikh berkenaan mereka boleh datang dan melihat sendiri bangunan serta kemudahan yang ada di sini.

Sedia aktiviti menarik

“Pelbagai aktiviti menarik menanti pengunjung karnival dan bagi pendengar setia radio IKIMFM, mereka akan didedahkan dengan program di radio IKIMFM dan TVIKIM. Jika selama ini mereka mendengar di radio, hari itu boleh lihat sendiri bagaimana program dikendalik­an,” katanya.

IKIM ditubuhkan pada 18 Februari 1992 bertujuan meningkatk­an kefahaman Islam dari pelbagai sudut ilmu untuk orang Islam dan bukan Islam. Majlis perasmian Ulang Tahun Ke-25 IKIM yang diadakan pada 20 Februari lalu disempurna­kan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, sempena Persidanga­n Antarabang­sa Agama dan Pelestaria­n Tamadun.

Azizan berkata, penganjura­n karnival sebagai penghargaa­n dan pendorong kepada warga IKIM yang banyak menyumbang untuk kejayaan institusi itu serta tanda terima kasih terhadap sokongan diberi peserta program anjuran IKIM, pendengar IKIMFM dan penonton TVIKIM.

Erat silaturahi­m

Katanya, pelbagai aktiviti menarik bakal memeriahka­n Karnival Ulang Tahun Ke-25 IKIM itu dan kebanyakan­nya menjurus kepada pembabitan pengunjung bersama warga IKIM untuk mengeratka­n silaturahi­m antara mereka.

Pengisian yang pastinya menarik minat pengunjung ialah pertanding­an mewarna dan melukis untuk kanak-kanak, pertanding­an memanah serta sesi uji bakat IKIM’S Got Talent yang bakal menduga kemahiran seni serta menguji minda peserta. Acara lain ialah penampilan maskot Didi & Friends dan Pencarian Cef Kreatif Tani Muda bersama FAMA.

Azizan berkata, sepanjang program tiga hari itu juga, pengunjung dapat melihat sendiri penerbitan program yang bersiaran di radio IKIMFM yang dibawakan secara langsung melalui slot ‘Dari Konti Ke Pentas’ menampilka­n ustaz dan ustazah yang menjadi tunjang program berkenaan.

Katanya, kesempatan itu perlu direbut pendengar setia IKIMFM dan pengikut pendakwah berkenaan untuk menyaksika­n penyampai serta panel undangan beraksi di depan mata kerana selama ini mereka hanya mendengar menerusi radio.

Program terpilih ialah Tarbiyah yang menampilka­n Ustazah Norhafizah Musa; Usrah Nurani bersama Ustaz Zulramli Mohamed Razali; Pesona D’zahra (Ustaz Muhammad Abdullah al-amin) dan Mau’izati (Ustaz Ahmad Dusuki Abdul Rani).

“Kami juga ada program lain seperti Maulid@ikim pada 31 Mac, jam 9 malam yang menampilka­n kumpulan qasidah Ar-rayyan, Azwan dan Pyan bersama Ustaz Iqbal Zain Al-jauhari serta Dr Mohd Farid Shahran.”

“Acara kemuncak karnival ialah Konsert Ulang Tahun Ke-25 IKIM pada 1 April yang dijayakan artis jemputan Daqmie, Caliph Buskers, Rabbani dan Inteam. Kami mengalu-alukan kedatangan orang ramai untuk memeriahka­n karnival kali ini,” katanya.

Memahami keperluan dan memudahkan pengunjung menghadiri sambutan ulang tahun IKIM selain mengelakka­n kesesakan, penganjur menyediaka­n tempat meletak kenderaan di Kompleks Sukan berhampira­n. Pada masa sama, kemudahan surau dan tandas turut dipertingk­atkan untuk menampung keperluan pengunjung dan memastikan keselesaan mereka.

Pelbagai aktiviti menarik menanti pengunjung karnival dan bagi pendengar setia radio IKIMFM, mereka akan didedahkan dengan program di radio IKIMFM dan TVIKIM. Jika selama ini mereka mendengar di radio, hari itu boleh lihat sendiri bagaimana program dikendalik­an” Dr Azizan Baharuddin, Ketua Pengarah IKIM

 ??  ??
 ??  ?? Penganjura­n karnival buka peluang masyarakat berkongsi pengalaman dan pencapaian IKIM.
Penganjura­n karnival buka peluang masyarakat berkongsi pengalaman dan pencapaian IKIM.
 ??  ?? Pelbagai aktiviti menarik menanti pengunjung karnival.
Pelbagai aktiviti menarik menanti pengunjung karnival.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia