Berita Harian

Jual roti canai 50 sen sejak 30 tahun

-

Kota Bharu: Sejak 30 tahun lalu hingga kini, seorang peniaga menjual sekeping roti canai dengan harga 50 sen tanpa pernah menaikkan harganya.

Abdul Rashid Abdul Latif, 54, berkata dia memilih untuk menjual dengan harga 50 sen kerana mampu menjual hampir 300 keping roti canai setiap hari.

Katanya, pada mulanya dia menjual sekeping roti canai dengan harga 30 sen pada 1985, namun naik ke 50 sen selepas berpindah berniaga di Kubang Kerian pada 1987.

“Sejak itu, harga roti canai di gerai saya kekal 50 sen hingga ke hari ini,” katanya ketika ditemui di gerainya di Kampung Nangka, Bukit Marak di sini, semalam.

Abdul Rashid yang juga digelar Pok Sid roti canai ‘samah’ (50 sen) berkata, walaupun harga minyak masak, tepung gandum, susu dan bahan mentah lain naik namun dia tidak bercadang menaikkan harga roti canainya.

Wasiatkan anak-anak

Katanya, malah dia juga sudah mewasiatka­n kepada lima anaknya jika mahu meneruskan perniagaan roti canai, mesti dijual pada harga 50 sen.

“Walaupun murah, saya tetap jaga kualiti roti canai dengan menggunaka­n bahan berjenama dan berkualiti, selain tidak ‘kedekut’ sukatan bagi membuat adunan roti,” katanya yang turut membuat adunan dan menebar sendiri roti bagi menjimatka­n kos.

Abdul Rashid berkata, dia memperuntu­kkan 20 kilogram tepung gandum, dua tin susu pekat dan minyak secukupnya bagi adunan 280 keping roti canai setiap hari.

Katanya, dia juga memastikan doh (adunan roti) roti bersih dan diperam 45 minit bagi menghasilk­an roti canai yang sedap.

Walaupun murah, roti canai di gerai Rashid masih bersaiz biasa dengan dua pilihan kuah.

Selain itu, Abdul Rashid turut menjual roti canai telur dan bawang dengan harga RM1.50 selain ‘roti hamlet’ dan pelbagai air dengan bayaran RM1 sahaja.

 ?? [FOTO NOR AMALINA ALIAS/BH] ?? Abdul Rashid menunjukka­n roti canai dengan harga 50 sen sekeping di gerainya di Kampung Nangka, Bukit Marak, Kota Bharu.
[FOTO NOR AMALINA ALIAS/BH] Abdul Rashid menunjukka­n roti canai dengan harga 50 sen sekeping di gerainya di Kampung Nangka, Bukit Marak, Kota Bharu.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia