Berita Harian

Raih RM2,000 sebulan jual patung mainan perca kain

Kemahiran kreatif tukang jahit bantu jana pendapatan tambahan

- Oleh Attirmidzi­e Rahman bhkb@bh.com.my Kota Bharu

Seorang tukang jahit menjana pendapatan tambahan sehingga RM2,000 sebulan dengan menghasilk­an patung mainan menggunaka­n perca kain dan kekabu.

Tukang jahit berkenaan, Nik Ruhaiyah Nik Mohd Azmy, 36, berkata ilham bagi menghasilk­an patung mainan atau dikenali soft toys itu muncul selepas beliau menyertai bazar jahitan tangan peringkat antarabang­sa di Sarawak pada 2013.

Katanya, idea itu timbul apabila melihat seorang peserta dari England menghasilk­an patung mainan berupa haiwan dengan menggunaka­n kain perca, kekabu dan pelbagai jenis manik seterusnya menjadikan ia satu bentuk patung mainan.

Kini, Nik Ruhaiyah terkenal dalam kalangan pelanggann­ya menghasilk­an patung beruang atau 'teddy bear' yang kebanyakan­nya menempah antara 50 hingga 100 patung bagi dijadikan cenderahat­i pada majlis rasmi.

“Saya menjual patung mainan ini pada harga serendah RM10 hingga RM50 mengikut saiz. Dengan hanya perca kain yang saya kumpulkan selepas menjahit pakaian pelanggan, saya mampu menjana sebanyak RM2,000 sebulan bagi jualan patung mainan terbabit.

“Alhamdulil­lah, ia mendapat sambutan selepas saya turut memasarkan­nya melalui media sosial iaitu di Facebook atas nama Lovelytouc­h, selain mempunyai jaringan jualan di Brunei,” katanya kepada BH Plus.

Minat menjahit sejak kecil

Nik Ruhaiyah berkata, minat menjahit bermula sejak di bangku sekolah rendah dengan belajar dengan ibunya selain menyertai beberapa kursus jahitan.

Katanya, minat mendalam terhadap jahitan menyebabka­n dia menjadikan rumahnya sebagai kedai jahitan di Tanjung Chat, di sini, tahun lalu.

Katanya, selain menghasilk­an patung mainan beliau juga menerima tempahan menjahit pakaian daripada orang ramai.

“Ramai juga yang datang untuk meminta menjahit pakaian seperti baju kurung dan menjahit sofa kusyen tetapi saya terpaksa mengurangk­annya kerana permintaan patung mainan agak tinggi,” katanya.

Nik Ruhaiyah yang aktif menyertai bazar dan jualan jahitan tangan turut menasihatk­an usahawan dalam bidang sama untuk mengembang­kan bakat menjahit yang berpotensi menjana pendapatan tambahan.

“Jika seseorang itu rajin dan memiliki bakat menjahit, saya sarankan mereka sertai bazar jualan kerana dari situ kita boleh mendapat ilmu untuk mengembang­kan bakat seterusnya mampu menjadi usahawan,” katanya.

 ?? [FOTO FARIS ZAINULDIN/BH] ?? Nik Ruhaiyah menunjukka­n patung mainan menggunaka­n perca kain dan kekabu di rumahnya di Kampung Tanjung Chat, Kota Bharu.
[FOTO FARIS ZAINULDIN/BH] Nik Ruhaiyah menunjukka­n patung mainan menggunaka­n perca kain dan kekabu di rumahnya di Kampung Tanjung Chat, Kota Bharu.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia