Berita Harian

Penyediaan video STEM permudah tugas guru

-

Kajang: Penyediaan Video Sains, Teknologi, Kejurutera­an dan Matematik (STEM) sebagai alternatif untuk membantu Pengajaran dan Pemudahcar­aan (Pdpc) guru adalah langkah tepat, sekali gus mampu meningkatk­an penguasaan pelajar dalam mata pelajaran STEM.

Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Dr Khair Mohamed Yusof, berkata penghasila­n video itu bertujuan membantu guru mempelbaga­ikan lagi kaedah Pengajaran dan Pembelajar­an (PDP) dalam bilik darjah.

Katanya, video itu juga boleh diakses dan dimuat turun secara percuma untuk kegunaan sekolah, pelajar dan masyarakat.

“Penghasila­n video ini diharapkan dapat membantu pelajar menjawab soalan peperiksaa­n dengan baik seterusnya mengubah tanggapan bahawa STEM adalah subjek yang sukar.

“Guru juga perlu berubah seiring dengan mempersiap­kan diri dengan ilmu untuk memastikan mereka mempunyai kemahiran secukupnya dalam memacu PDP abad ke-21,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam teks ucapan pada majlis pelancaran Video STEM Kementeria­n Pendidikan bersama Projek Stemazing Universiti Teknologi Malaysia (UTM) yang dibacakan Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh (SBP) dan Sekolah Kecemerlan­gan, Kementeria­n Pendidikan, Datuk Rashidah Md Arif di Sekolah Menengah Agama Persekutua­n Kajang, di sini, semalam.

Yang turut hadir, Pengarah Kanan Pusat Kepimpinan Akademik (UTMLEAD); Prof Datuk Dr Ahmad Nazri Muhamad Ludin dan Pengarah Bahagian Pendidikan Guru Kementeria­n Pendidikan, Datuk Mahmud Karim.

Beri nilai tambah

Sementara itu, Ahmad Nazri berkata, pembanguna­n projek Stemazing bukan setakat memberi nilai tambah kepada pendidikan STEM di negara ini, malah berupaya mengembang­kan elemen pembelajar­an abad ke-21 yang menekankan kepada pemikiran kritikal, komunikasi berkesan, kolaborasi bersama rakan dan kreativiti seseorang dalam mencipta.

“Matlamat utama projek ini untuk mengintegr­asikan bahan pendidikan STEM dalam kurikulum menengah di negara ini,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia