Berita Harian

BH jadikan PDP lebih menarik

Sisipan Didik sedia kepelbagai­an aras soalan, menepati format terkini UPSR

- Oleh Rosman Shamsudin

Penggunaan akhbar dalam bilik darjah dapat membantu guru terutama dalam merealisas­ikan pendidikan abad ke-21 yang memerlukan penggunaan bahan interaktif supaya proses pengajaran dan pengajaran (PDP) lebih interaktif dan efisien.

Selain itu, akhbar juga boleh dijadikan bahan bantu mengajar (BBM) untuk menjadikan PDP lebih menarik terutama ketika menjalanka­n aktiviti dalam bilik darjah.

Guru Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Rasa, Mohamad Jamil Ismail, berkata penggu- naan akhbar juga secara tidak langsung menyedarka­n murid kepentinga­n membaca akhbar bukan hanya sekadar untuk mengetahui perkembang­an berita serta peristiwa tetapi boleh dijadikan sumber pendidikan.

Beliau yang juga guru Bahasa Melayu berkata, sisipan setiap hari Isnin memang tidak dapat dinafikan dapat membantu guru membuat persiapan menghadapi peperiksaa­n Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) setiap tahun dengan format terkini.

“Sisipan itu yang mempunyai kepelbagai­an aras soalan dari aras rendah sehingga ke aras tinggi yang menepati format UPSR terkini memudahkan guru mengajar dengan berkesan supaya murid lebih bersedia menghadapi peperiksaa­n itu,” katanya ketika dite- mui selepas menyertai Bengkel Akhbar Dalam Darjah (ADD) BH, di sini, baru-baru ini.

Seramai 180 guru sekitar daerah Hulu Selangor mengikuti bengkel anjuran itu dengan kerjasama Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Hulu Selangor yang diadakan di Sekolah Kebangsaan (SK) Lembah Beringin.

Bahan latihan tambahan

Bengkel itu, dikendalik­an tiga guru cemerlang yang juga penulis sisipan berkenaan. Yang turut hadir, Pengarang Pendidikan BH, Fadzlena Jafar.

Guru Matematik dari SK Sri Keledang, Nur Fariq Iskandar Mohame Isa, pula berkata beliau menggunaka­n sisipan itu terutama bagi subjek Matematik sebagai bahan latihan tambahan.

Katanya, di samping memberi latihan Matematik dalam bilik darjah, murid juga boleh membuat kerja sekolah dengan berpanduka­n soalan yang terdapat dalam sisipan itu di rumah dan merujuk guru untuk mendapatka­n jawapan pada hari berikutnya.

“Soalan Matematik yang menjuruska­n kepada setiap tajuk memudahkan guru memberi soalan mengikut tajuk yang dipelajari oleh murid dan ini jelas membantu guru untuk mempelbaga­ikan aras soalan dengan menjadikan sisipan itu sebagai latihan tambahan,” katanya.

Guru mata pelajaran Sains, S Raymond, berkata selain format terkini UPSR dalam sisipan itu, soalan kepelbagai­an aras turut membantu murid lulus untuk cemerlang.

 ?? [FOTO ROSMAN SHAMSUDIN /BH] ?? Guru dari daerah Hulu Selangor yang menyertai Bengkel ADD BH di SK Lembah Beringin, semalam.
[FOTO ROSMAN SHAMSUDIN /BH] Guru dari daerah Hulu Selangor yang menyertai Bengkel ADD BH di SK Lembah Beringin, semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia