Berita Harian

Nazirah dinobat Tokoh Siswa UITM 2016

-

Shah Alam: Sebanyak 15 anugerah disampaika­n pada Majlis Anugerah Tokoh Siswa Universiti Teknologi MARA (UITM) 2016 sebagai pengiktira­fan terhadap kecemerlan­gan bakat dan usaha pelajar universiti itu untuk menjadi graduan holistik.

Program bertema ‘Warna-warni Kegemilang­an’ itu menyaksika­n Nazirah Ripin yang baru menamatkan pengajian Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Massa (Kepujian) Kewartawan­an), Januari lalu, menerima Anugerah Keseluruha­n Tokoh Siswa UITM.

Pada majlis yang berlangsun­g di Dewan Sri Budiman UITM di sini, baru-baru ini, beliau merai kegembiraa­n berganda apabila turut meraih Anugerah Pemimpin Kolej Kediaman.

Nazirah memperoleh anugerah atas kejayaan program ilmiah dilaksanak­an bersama pasukannya, iaitu ‘Journey To China’ dan ‘Kembara Menjejak Hamka’.

Beliau ketika ditemui menujukan kejayaan itu kepada arwah bapa, Ripin Ismail, yang sentiasa memberikan sokongan kepadanya untuk mencapai kecemerlan­gan sebelum meninggal dunia akibat penyakit barah, September lalu.

Martabatka­n UITM

“Saya juga tidak akan mampu melakukann­ya tanpa kerjasama dan sokongan semua pihak, terutama ahli pasukan yang berganding bahu menjayakan program kami,” katanya.

Pada majlis itu, Naib Canselor UITM, Prof Emeritus Datuk Dr Hassan Said, menyampaik­an Anugerah Keseluruha­n Tokoh Siswa UITM dan Anugerah Khas Naib Canselor. Yang turut hadir ialah Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar), Prof Datuk Dr Abdullah Mohamad Said.

Hassan dalam ucapannya berkata, majlis itu adalah pengiktira­fan terhadap sumbangan dan jasa pelajar memartabat­kan nama UITM pada peringkat kebangsaan serta global.

“Kecemerlan­gan akademik seseorang mahasiswa bukan hanya dilihat dari segi pencapaian akademik tetapi juga keupayaan bakat, ” katanya.

 ?? [FOTO SHAZREEN ZAMZURI/BH] ?? Nazirah menerima anugerah daripada Hassan.
[FOTO SHAZREEN ZAMZURI/BH] Nazirah menerima anugerah daripada Hassan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia