Berita Harian

2 guru wanita pusat tuisyen direman

Kakitangan premis turut ditahan bantu siasatan

- Oleh S Anand Kumar

Polis menahan dua guru pusat tuisyen bagi membantu siasatan kes seorang budak berusia tujuh tahun yang didakwa dirotan dan punggungny­a ditekap dengan cawan panas bagi menghilang­kan kesan sebatan.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Mohd Taib Ahmad, berkata wanita berusia 23 dan 32 tahun itu ditahan, petang kelmarin, beberapa jam selepas polis menahan seorang lelaki berusia 26 tahun, yang juga kakitangan premis berkenaan.

“Saya mengesahka­n polis menahan dua wanita yang juga guru pusat tuisyen itu bagi membantu siasatan berhubung kes berkenaan. Ketiga-tiga suspek direman lima hari hingga Sabtu ini bagi membantu siasatan,” katanya ketika dihubungi semalam.

Kejadian itu dipercayai berlaku di pusat tuisyen berkenaan di Taman Ungku Aminah di sini.

Insiden berkenaan terbongkar apabila mangsa yang tinggal bersama guru pusat tuisyen berkenaan di Taman Perling di sini, sejak dua minggu lalu, melarikan diri dengan memanjat pagar sebelum meminta bantuan jiran guru berkenaan.

Buat laporan polis

Kakak mangsa yang dimaklumka­n kejadian itu, pergi ke rumah guru tuisyen terbabit dan diberitahu oleh suami guru berkenaan bahawa adiknya dirotan, selain punggung turut ditekap dengan cawan plastik, kaca dan kuali yang direndam air panas bagi menghilang­kan kesan rotan.

Susulan kejadian itu, kakak mangsa membawa adiknya ke sebuah hospital swasta sebelum dirujuk ke Hospital Sultanah Aminah serta membuat laporan polis kira-kira jam 10 malam, Ahad lalu.

Kes disiasat mengikut Akta Kanak-kanak 2001.

Ketiga-tiga suspek direman lima hari hingga Sabtu ini bagi membantu siasatan” Mohd Taib Ahmad, Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara

 ??  ?? Keratan BH semalam.
Keratan BH semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia