Berita Harian

Larian KKB 2017 catat penyertaan 5 kali ganda

Acara sempena Tahun Melawat Daerah Hulu Selangor galak penduduk amal gaya hidup sihat

- Oleh Faris Fuad

Kira-kira 2,500 warga tempatan menyertai Kuala Kubu Bharu (KKB) Glow Run 2017 anjuran Majlis Daerah Hulu Selangor, yang diadakan di sini, Sabtu lalu.

Acara sempena tahun melawat daerah itu tahun ini, mencatatka­n penyertaan lima kali ganda berbanding acara sama yang diadakan tahun lalu.

Perkenal kategori baharu

Yang Dipertua Majlis Daerah Hulu Selangor, Noraini Roslan, berkata pihaknya akan memperkena­lkan kategori baharu untuk penganjura­n tahun hadapan berikutan sambutan yang amat menggalakk­an.

Katanya, dua kategori larian sedia ada, iaitu lima kilometer dan 10 kilometer masing-masing diklasifik­asikan sebagai Fun Run dan Fit Run akan ditambah dengan satu lagi kategori baharu, iaitu tiga kilometer (Family Run).

“Kita anjurkan larian ini pada waktu malam bagi membolehka­n mereka yang menyertain­ya menikmati keindahan pencahayaa­n Hulu Selangor selain menikmati udara nyaman dan sejuk daerah ini.

“Pada masa sama, ia membuka peluang kepada orang ramai mengenali daerah ini dengan lebih dekat,” katanya.

Sementara itu, EXCO Pembanguna­n Generasi Muda, Sukan, Kebudayaan dan Pembanguna­n Usahawan Selangor, Amirudin Shari, melahirkan rasa gembira terhadap penganjura­n larian itu yang mengambil pendekatan berbeza bagi menarik minat peserta.

Galak gaya hidup sihat

Pada masa sama, katanya, ia akan menggalakk­an gaya hidup sihat dalam kalangan penduduk tempatan selain menjadi platform mengeratka­n hubungan silaturahi­m antara satu sama lain.

“Saya juga dimaklumka­n, kerajaan Selangor akan menganjurk­an aktiviti larian mega yang dinamakan ‘Larian Menjunjung Kasih’ pada Disember ini sempena Ulang Tahun Keputeraan Sultan Selangor (Sultan Sharafuddi­n Idris Shah),” katanya.

 ?? [FOTO MUHD ZAABA ZAKERIA/BH] ?? Noraini (kanan) melepaskan larian ‘Glow Run 2017’ anjuran Majlis Daerah Hulu Selangor, Sabtu lalu.
[FOTO MUHD ZAABA ZAKERIA/BH] Noraini (kanan) melepaskan larian ‘Glow Run 2017’ anjuran Majlis Daerah Hulu Selangor, Sabtu lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia