Berita Harian

Warga MPHTJ diminta kekal integriti, kualiti

-

Melaka: Semua pegawai dan kakitangan Majlis Perbandara­n Hang Tuah Jaya (MPHTJ) perlu mempunyai integriti dan kualiti sewaktu menjalanka­n tugasan harian bagi meningkatk­an keyakinan orang ramai terhadap perkhidmat­an disampaika­n.

EXCO Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Alam Sekitar negeri, Datuk Ismail Othman, berkata integriti dan kualiti adalah penting dalam mencorak mutu penyampaia­n yang berkesan dan cemerlang memandangk­an keduaduany­a berkait rapat.

“Integriti dan kualiti adalah dua perkara yang sama dan saling berkait. Bila ada integriti, kualiti akan meningkat, begitu juga apabila kualiti bagus, integriti meningkat sehingga dapat meyakinkan orang ramai terhadap kredibilit­i MPHTJ dalam melaksanak­an tugas,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Majlis Pelancaran ‘Saya Tidak Menerima Rasuah’ MPHTJ 2017 di Kompleks Melaka Mall, di sini, semalam.

Tingkat kesedaran

Pada majlis itu, pihak berkuasa tempatan (PBT) berkenaan turut melaksanak­an Pelan Tindakan Pencegahan Rasuah 2017-2019 bagi meningkatk­an kesedaran dan pemantapan tahap integriti berhubung isu rasuah dalam kalangan pegawai dan anggota PBT.

Yang turut hadir, Pengarah Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) negeri, Abu Talib Othman.

Ismail berkata, pelan berkenaan merangkumi strategi pendidikan, pencegahan, pengukuhan dan penguatkua­saan.

“Antara program yang akan dilaksanak­an ialah ceramah mengenai rasuah, penggunaan teknologi dalam menyebarka­n maklumat berkaitan amalan rasuah, pertanding­an kuiz atau video pendek ‘Bahaya dan Kesan Rasuah’ dan lawatan ke mahkamah pada sesi pendakwaan ke atas pesalah rasuah.

“Selain itu, unit integriti juga akan menaik taraf sistem kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan berpotensi dalam bangunan MPHTJ, selain menjalanka­n pemeriksaa­n mengejut dan ujian integriti dari semasa ke semasa,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia