Berita Harian

RM300,000 bantu pengusaha ikan kerapu

-

Kuala Terengganu: Kerajaan Terengganu membelanja­kan kira-kira RM300,000 untuk membantu pengusaha ikan kerapu di negeri ini, tahun lalu.

Pengerusi Jawatankua­sa Pertanian, Industri Asas Tani, Perusahaan Perladanga­n dan Komoditi negeri, Datuk Muhammad Pehimi Yusof, berkata peruntukan itu bagi membekalka­n tangki, benih kerapu dan pemasangan sistem saliran air laut ke dalam tangki.

90 pengusaha ikan kerapu

Katanya, pada masa ini ada 90 pengusaha ikan kerapu yang menjalanka­n aktiviti di pesisir pantai terutama di daerah Besut dan Setiu.

“Ada tiga kategori pengusaha ikan kerapu di negeri ini, iaitu seorang pengeluar benih, penternak untuk pembesaran (50) dan pengasuh ikan kerapu (31),” katanya ketika menjawab soalan lisan Mohd Mahadi Muda (Bn-kota Putera) pada Persidanga­n Dewan Undangan Negeri, di sini, semalam.

Terdahulu, Mohd Mahadi mengemukak­an soalan mengenai bentuk bantuan dan jumlah disalurkan kerajaan negeri untuk membantu penternak ikan kerapu di pesisir pantai sepanjang tahun lalu.

Muhammad Pehimi yang juga wakil BN Jertih berkata, setakat ini pengusaha masih mendapatka­n bekalan benih kerapu dari Bali dan Surabaya, Indonesia.

“Kerajaan negeri sedang mengadakan perbincang­an dengan beberapa syarikat, termasuk Jabatan Perikanan dan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) untuk mengenal pasti pengusaha yang mampu menternak dan membekalka­n benih kerapu kepada penternak di negeri ini,” katanya.

Sementara itu, PAS menawarkan kerajaan negeri untuk menghantar dua jurutera ke Malta untuk membantu memulihkan kerosakan sistem hidraulik bas dua alam (amphicoach) yang terkandas di negara itu.

Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi (PAS-BATU Burok) berkata, pihaknya juga bersedia menanggung semua perbelanja­an, termasuk penerbanga­n dan penginapan dua jurutera terbabit.

“Saya bersedia membantu kerajaan negeri untuk memastikan amphicoach ditempah sejak 2015, dihantar secepat mungkin,” katanya.

Sebelum itu, Wan Abdul Hakim Wan Mokhtar (BN-AIR Putih) mengemukak­an soalan mengenai status terkini penghantar­an amphicoach yang ditempah kerajaan negeri sejak 2015.

Berhubung perkara itu, Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman, berkata pihaknya menyambut baik kesediaan Dr Syed Azman.

“Bas berkenaan kini dalam proses terakhir ujian sistem hidraulik dan dijangka tiba di negeri ini pada Jun depan. Penghantar­an itu tertangguh disebabkan kelewatan pihak pembekal melakukan ujian untuk mendapatka­n persijilan,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia