Berita Harian

Pelukis tidak kira masa berkarya

Kerjaya fleksibel bolehkan artis imbangi masa berkualiti bersama keluarga

- Oleh Nor Hatina Shuib

Kerjaya dalam bidang seni lukis berpotensi membantu lebih ramai wanita mendapat waktu kerja anjal, sekali gus memberi peluang wanita mengimbang­i kerjaya dan keluarga pada satu masa.

Skor Indeks Kesejahter­aan Keluarga Malaysia (IKK) tahun lalu, mencatatka­n nilai 7.33 daripada skala maksimum iaitu 10, namun skor indikator Imbangan Kerja-keluarga mencatatka­n nilai 6.9 yang menunjukka­n wanita masih sukar menyeimban­gkan antara keluarga dan kerjaya.

Justeru, wanita yang mempunyai seni kemahiran boleh membuat pilihan untuk mengimbang­i antara tanggungja­wab dengan menjadikan kerjaya seni seperti pelukis sebagai kerjaya tetap dengan pilihan masa fleksibel.

Wanita bekerja sukar membahagik­an masa antara keluarga dan kerjaya yang antara lain dikatakan berpunca daripada majikan tidak mengamalka­n kerja anjal, selain tiada sokongan keluarga.

Waktu kerja anjal kini jauh lebih mudah sejajar dengan kecanggiha­n teknologi elektronik, membolehka­n wanita menggunaka­n konsep pemasaran digital tanpa perlu berulang-alik ke pejabat dan boleh menjana pendapatan hanya dari rumah.

Bijak aplikasi kreativiti

Artis Wanita Malaysia, Prof Madya Dr Khatijah Sanusi, berkata sebagai pemain industri yang sudah lebih 20 tahun berada dalam bidang itu, beliau berkata bidang kreatif seperti lukisan sememangny­a berpotensi untuk menjana pendapatan, walaupun kebanyakan pelukis melihat hasil seni mereka lebih kepada minat dan bukan dijadikan nilai komersial.

“Realitinya, pelukis wanita bubesar kan seperti ahli perniagaan dengan matlamat menjana pendapatan tetapi lebih kepada berkongsi hobi dan pengalaman menerusi lukisan.

“Tetapi saya tidak nafikan, jika ada yang berminat dengan nilai sesebuah lukisan, tidak salah ia menjadi aset jika ada yang berminat atas karya itu,” katanya ketika ditemui pada majlis perasmian Pameran Seni Lakar Wanita di Galeri ASWARA, di sini.

Beliau berkata, setiap wanita mempunyai kemahiran dan bakat seni, oleh yang demikian jika ada dalam kalangan wanita yang melihat hasil kreativiti mampu membuka peluang kerjaya dalam hidup mereka, tidak ada salah mencuba.

“Pada masa sama, mereka berpeluang mempunyai lebih banyak masa anjal dan berkualiti dengan keluarga.

“Sebagai pelukis, masa anjal lebih banyak manakala kita berkarya tidak semestinya mengikut waktu pejabat dan boleh berkarya di mana sahaja, termasuk rumah,” katanya.

Beliau berkata, desakan ekonomi, wanita seperti suri rumah yang mempunyai bakat, boleh membuat pilihan bijak untuk menjana pendapatan keluarga dan pada masa sama melihat anak mem- depan mata.

Seni bantu ibu tunggal

Bagi Pensyarah Universiti Teknologi MARA (UITM), Hidawati Amin, melihat potensi seni dalam memberi kehidupan dan ekonomi ia memberi kebaikan pada wanita.

Golongan wanita seperti ibu tunggal boleh membuat pilihan tepat menjadikan kreativiti mereka dalam seni untuk meraih pendapatan dan waktu kerja anjal.

“Ibu tunggal biasanya sukar untuk keluar mencari kerja apatah lagi yang memiliki anak ramai. Perlu hantar ke pengasuh dan bayar upah menjaga anak.

“Saya yakin setiap wanita ada bakat kreatif. Jadi, hasil seni mereka boleh sahaja di buat di rumah tanpa keluar bekerja.

“Pada masa sama, mereka dapat menjaga anak tanpa modal keluar bekerja,” katanya.

Beliau berkata, antara kreativiti seni yang boleh dijadikan pendapatan adalah hasil lukisan yang dilukis di atas beg atau teknik lukisan lain mahupun bahan buangan.

“Wanita perlu lebih kreatif. Cuba cipta kelainan dan keunikan produk anda dari orang lain. Itu sudah menggambar­kan anda kreatif,” katanya.

Saya yakin setiap wanita ada bakat kreatif. Jadi, hasil seni mereka boleh sahaja di buat di rumah tanpa keluar bekerja. Pada masa sama, mereka dapat menjaga anak tanpa modal keluar bekerja” Hidawati Amin, Pensyarah UITM

 ?? [FOTO MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/BH] ?? Khatijah menyerahka­n cenderahat­i kepada Pensyarah Kanan UITM Melaka, Dr Sharmiza Abu Hasan (dua dari kanan) bersama Pengasas Lakar Wanita, Zuriati Mohamed Shaari (kiri) dan Wakil Dekan ASWARA, Mohd Safwan Ahmad pada majlis perasmian Pameran Seni Lakar...
[FOTO MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/BH] Khatijah menyerahka­n cenderahat­i kepada Pensyarah Kanan UITM Melaka, Dr Sharmiza Abu Hasan (dua dari kanan) bersama Pengasas Lakar Wanita, Zuriati Mohamed Shaari (kiri) dan Wakil Dekan ASWARA, Mohd Safwan Ahmad pada majlis perasmian Pameran Seni Lakar...
 ??  ??
 ??  ?? Beberapa pelajar bergambar bersama hasil seni yang dipamerkan pada Pameran Seni Lakar Wanita.
Beberapa pelajar bergambar bersama hasil seni yang dipamerkan pada Pameran Seni Lakar Wanita.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia