Berita Harian

Melayu lebih awal cipta istilah nombor

Bahasa Melayu beri simbol angka lebih awal daripada Barat

- Oleh Siti Haliza Yusop

Bahasa Melayu sudah digunakan untuk mengungkap­kan ilmu matematik membabitka­n penciptaan istilah nombor sejak abad keempat lagi, sekali gus jauh mendahului Eropah yang hanya bermula pada abad ke-17.

Penciptaan istilah nombor itu mempunyai hubungan dengan pandangan alam Melayu yang tidak dimiliki di Eropah seperti disorot melalui Bicara Seni: Kosmologi Alam Melayu yang berlangsun­g di Galeri PETRONAS di sini.

Felo Penyelidik Pusat Dialog dan Peradaban Universiti Malaya (UM), Prof Emeritus Dr Shaharir Mohamad Zain, berkata bahasa Melayu memberi simbol kepada angka lebih awal daripada Barat kerana dalam pandangan alam Eropah, konsep ketiadaan sesuatu atau kosong tidak ada dalam dunia mereka sehinggala­h ia dibawa Arab.

Istilah kosong

Beliau yang mengkaji kosmologi Melayu berdasarka­n penggunaan bahasa Melayu berkata, istilah sifar atau zero dalam bahasa Inggeris hanya dicipta pada abad ke17 oleh sarjana Arab selepas perkataan itu ditranslit­erasi daripada perkataan dalam bahasa Latin.

Katanya lagi, bidang matematik pada abad itu terpisah daripada astronomi dan fizik serta membabitka­n penciptaan istilah nombor, iaitu pemikiran manusia mengenai bilangan dan juga angka, yang menjadi simbol kepada nombor.

“Penciptaan istilah ini membawa kita kepada konsep pemikiran dan pandangan alam yang dimiliki bangsa yang menutur bahasa Melayu pada masa itu. Tidak setakat mencipta istilah itu, malah ia juga menjadi istilah kosong tertua di dunia.

“Angka perpuluhan yang digunakan kini juga adalah hasil pemikiran sarjana yang menggunaka­n bahasa Melayu sejak abad ketujuh Masihi,” katanya dalam wacana kendalian Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Kota Buku (PKB), Sayed Munawar Sayed Mohd Mustar.

Shaharir berkata, keterhadap­an penutur bahasa Melayu dalam mengungkap­kan ilmu dan fikiran bukan terhad kepada penciptaan istilah nombor, malah meliputi bidang astronomi, perkapalan serta perubatan.

“Kemajuan ini sudah dicatat oleh Orientalis sendiri seperti yang dinyatakan sarjana Belanda melalui tulisannya bertarikh 1640-an,” katanya.

Beliau berkata, sebelum abad ke-18, ada lapan hingga sembilan bidang ilmu diungkapka­n penutur bahasa Melayu, mengatasi pemikiran di Eropah.

 ?? [FOTO ASWADI ALIAS/BH] ?? Dari kiri, Sayed Munawar; tokoh akademik, Prof Emeritus Datuk Dr Hood Mohd Salleh, Shaharir dan Penerbit Rancangan Televisyen Layar Consult, Roslan Kassim pada Bicara Seni Kosmologi Alam di Galeri PETRONAS.
[FOTO ASWADI ALIAS/BH] Dari kiri, Sayed Munawar; tokoh akademik, Prof Emeritus Datuk Dr Hood Mohd Salleh, Shaharir dan Penerbit Rancangan Televisyen Layar Consult, Roslan Kassim pada Bicara Seni Kosmologi Alam di Galeri PETRONAS.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia