Berita Harian

Kitar semula elak bumi jadi lautan sampah

-

semula adalah antara aktiviti biasa yang diamalkan oleh manusia. Namun begitu, aktiviti kitar semula kelihatan seperti tidak mendapat sambutan di negara ini. Menurut statistik, bagi tempoh 1993 hingga 2000, peratusan kitar semula oleh rakyat Malaysia hanyalah lima peratus.

Peratusan ini amat jauh ketinggala­n daripada yang ditetapkan oleh kerajaan menjelang 2020 iaitu 22 peratus apatah lagi jika ingin dibandingk­an dengan negara maju seperti Jepun. Jumlah peratusan kitar semula di Jepun melebihi 50 peratus.

Sebenarnya banyak perkara buruk yang akan dirasai sekiranya amalan ini tidak dilaksanak­an, antaranya adalah tempat pelupusan sampah akan berkuranga­n.

Menurut perangkaan yang dikeluarka­n oleh Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara serta Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersiha­n Awam (PPSPPA), saban tahun populasi manusia semakin bertambah. Di Malaysia, dengan anggaran pertumbuha­n populasi 2.4 peratus atau 600,000 orang setiap tahun (sejak 1994), maka lebih banyak sampah akan dihasilkan, seterusnya mengurangk­an jangka hayat tapak pelupusan sampah.

Tapak pelupusan ditutup

Umpama mencurahka­n cuka pada luka, keadaan ini diburukkan dengan statistik terkini menunjukka­n 113 daripada 289 tapak pelupusan sampah di negara ini tidak lagi beroperasi.

Kebanyakan­nya menunggu masa ditutup. Jika semua tapak pelupusan sampah ini tidak boleh menampung sampah lagi, di manakah sisa bahan buangan kita hendak kita salurkan? Adakah kita akan mula membuang sampah ke laut sehingga mewujudkan pulau sampah seperti yang berlaku di North Pacific Gyre?

Hal ini bukan sahaja mencemarka­n alam, malahan membahayak­an kehidupan laut yang tinggal di kawasan itu.

Selain itu, pembuangan sampah secara tidak terkawal ini juga akan mengakibat­kan pencemaran air dan juga udara. Pencemaran air disebabkan peresapan ‘leachate’ (air larut resapan) ke dalam sumber air bawah tanah, manakala pencemaran udara disebabkan pembebasan gas metana (CH4) yang terhasil daripada proses pereputan sampah.

Gas ini bertindak dengan memerangka­p haba dalam atmosphera (seperti karbon dioksida) dan ini akan meningkatk­an suhu bumi. Kedua-dua perkara ini akan menjejaska­n ekosistem dan keselesaan hidupan yang ada di bumi. Jika dibiarkan, maka generasi seterusnya akan menerima kesan yang sangat teruk.

Siapa lagi yang harus melakukan amalan ini selain manusia? Oleh itu, amalkan proses kitar semula sampah agar generasi yang akan datang tidak menanggung derita disebabkan kegagalan dilakukan oleh kita.

 ?? [FOTO HIASAN] ?? Negara bakal berdepan lambakan sampah sekiranya amalan kitar semula gagal dilakukan rakyat Malaysia.
[FOTO HIASAN] Negara bakal berdepan lambakan sampah sekiranya amalan kitar semula gagal dilakukan rakyat Malaysia.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia