Berita Harian

Menantu Trump berdepan siasatan panel isu pilihan raya

-

Washington: Menantu Presiden Amerika Syarikat dan juga penasihat kanan kerajaan, Jared Kushner bersetuju untuk hadir bagi soal siasat di hadapan panel Dewan Negara berhubung kes campur tangan Russia dalam Pilihan Raya 2016.

Menurut kenyataan Rumah Putih, beliau adalah perantara utama Donald Trump dengan kerajaan asing ketika kempen pilihan raya dan sekarang memainkan peranan penting dalam kabinet baharu.

Kushner, 36, mengatur mesyuarat di antara Trump dengan Perdana Menteri Jepun Shinzo Abe sehingga Presiden Mexico, Enrique Pena Nieto.

Namun, hubunganny­a dengan pegawai Russia sedang diperhalus­i, di tengah-tengah dakwaan terdapatny­a pakatan sulit antara kempen Trump dan Kremlin.

Trump yang menyiarkan kenyataann­ya dalam Twitter, menegaskan ‘cerita Trumprussi­a adalah palsu’.

Sebaliknya, beliau menggesa penggubal undang-undang menumpukan isu kekalahan pesaingnya, Hillary Clinton dari Parti Demokrat yang juga bekas Setiausaha Negara AS.

Hubungan rasmi

Perisikan AS merumuskan bahawa Russia melancarka­n kempen besar-besaran yang direka untuk membantu Trump memenangi pilihan raya, tahun lalu.

Selain siasatan di Dewan Negara dan Dewan Rakyat, Biro Siasatan Persekutua­n (FBI) membuktika­n campur tangan Russia dalam pilihan raya presiden penghujung tahun lalu.

Ini termasuk kemungkina­n pakatan sulit Moscow ke atas kempen Trump sekali gus meletakkan presiden itu di bawah tekanan, lebih-lebih lagi hubungan dengan Russia.

“Sepanjang kempen dan peralihan kuasa, Jared Kusher berkhidmat sebagai orang penting dalam hubungan rasmi dengan kerajaan dan pegawai asing,” kata pegawai di Rumah Putih.

Belum terima pengesahan

“Memandangk­an peranan itu, beliau menawarkan diri untuk bercakap dengan Pengerusi (Richard) dari jawatankua­sa Burr, namun belum menerima pengesahan, kata pegawai.

Burr mempengeru­sikan jawatankua­sa perisikan Dewan Negara.

Sementara itu, parti pimpinan Perdana Menteri Kanada, Justin Trudeau akan memperkena­lkan rang undang-undang membenarka­n penggunaan ganja secara sosial di negara itu menjelang pertengaha­n 2018, menurut satu laporan, semalam.

Rang undang-undang itu akan menjadikan Kanada sebagai anggota G7 pertama membenarka­n penggunaan ganja secara sosial di seluruh negara.

Pengumuman itu mendorong saham syarikat pengeluar ganja untuk tujuan perubatan melonjak di Bursa Saham Toronto.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia