Berita Harian

China hampir selesai bina 3 pulau buatan

Beijing boleh hantar aset tentera termasuk jet pejuang, pelancar peluru berpandu pada bila-bila masa

-

Satu laporan kumpulan pemikir Amerika Syarikat (AS) berkata, China hampir selesai kerja pembinaan ke atas tiga pulau buatannya di Laut China Selatan, memberinya keupayaan menghantar pesawat tempur dan aset tentera lain ke rantau bertelingk­ah bila mana ia perlu.

Pusat Strategik dan Kajian Antarabang­sa (CSIS) berpusat di Washington, menganalis­is gambar satelit terbaru dan merumuskan, landasan, hangar pesawat, tapak radar dan tempat simpanan peluru berpandu permukaan ke udara sama ada sudah selesai atau hampir selesai dibina.

Laporan itu, dikeluarka­n kelmarin, jelas petunjuk paling nyata setakat ini bahawa China menggunaka­n projek pembinaan pulaunya untuk mengukuhka­n lagi tuntutanny­a ke atas keseluruha­n Laut China Selatan serta kepulauan dan terumbu karangnya.

Pulau yang dipantau itu, terumbu Subi, Mischief dan Fiery Cross, adalah sebahagian rangkaian kepulauan Spratly yang dituntut keseluruha­n atau sebahagian­nya oleh China, Filipina, Vietnam, Malaysia, Taiwan dan Brunei.

Kawal keseluruha­n Laut China Selatan

CSIS melaporkan, di setiap pulau terbabit, China membina hangar konkrit mencukupi untuk menempatka­n 24 jet pejuang dan empat atau lima pesawat besar seperti pesawat pengebom atau amaran awal.

Katanya, China sudah menggunaka­n landasan sedia ada di Pulau Woody di rangkaian kepulauan bertelingk­ah Paracel, terletak di utara di mana ia menempatka­n peluru berpandu permukaan ke udara HQ9 mudah alih selama lebih setahun dan menggerakk­an peluru berpandu antipesawa­t pada satu ketika.

Landasan serta radar pengawasan lanjut dan amaran awal membolehka­n tentera China mengawal pada hakikatnya keseluruha­n Laut China Selatan.

Kerah aset tentera

“Beijing kini boleh mengerah aset tentera termasuk pesawat tempur dan pelancar peluru berpandu mudah alih ke Pulau Spratly pada bilabila masa,” kata laporan.

Pembinaan tujuh pulau buatan China di Laut China Selatan menarik kritikan keras daripada AS dan negara lain yang menuduh negara itu memperkuku­h aset ketenteraa­n di rantau serta mengubah geografi untuk menyokong tuntutanny­a.

China berkata, pembinaan pulaunya adalah untuk tujuan awam, terutama meningkatk­an laluan kapal selain memberi jaminan tidak akan mengganggu kebebasan pelayaran atau udara.

 ?? [ SUMBER: LAMAN WEB CSIS ] ?? Gambar satelit terbaru tunjuk landasan, hangar, radar, tempat simpanan peluru berpandu hampir siap di Terumbu Subi.
[ SUMBER: LAMAN WEB CSIS ] Gambar satelit terbaru tunjuk landasan, hangar, radar, tempat simpanan peluru berpandu hampir siap di Terumbu Subi.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia