Berita Harian

Polis, penunjuk perasaan bertembung di Paris

-

Paris: Pertembung­an antara pasukan keselamata­n dan penunjuk perasaan yang berang kerana polis membunuh seorang lelaki Cina di rumahnya menyebabka­n tiga pegawai cedera manakala 35 lain ditahan semalam.

Pegawai polis, Agnes Thibault Lecuivre berkata, kirakira 100 penunjuk perasaan, terdiri daripada masyarakat Asia, berkumpul di daerah pelbagai budaya 19th di pinggir timur laut ibu kota Perancis itu.

Beri penghormat­an

Mereka memberi penghormat­an ke atas seorang lelaki Cina dibunuh Ahad lalu oleh seorang pegawai polis, berang terhadap laporan mangsa ditembak di rumahnya di hadapan anaknya ketika sedang menyiang ikan.

Polis berkata, pegawai terbabit melepaskan tembakan kerana mempertaha­nkan diri ketika serbuan kerana mangsa, mencederak­an seorang anggota lain dengan senjata tajam.

Dengan lilin dieja ‘keganasan’ di sepanjang jalan malam kel marin, sejumlah besar penunjuk perasaan memecahkan penghadang, membaling objek serta membakar sebuah kereta ketika pertembung­an dengan polis yang berlangsun­g selama beberapa jam.

Tuntut keadilan

“Keadilan perlu ditegakkan, pembunuh mesti dihukum!” penunjuk perasaan menjerit dalam bahasa Perancis menuntut keadilan buat mangsa yang dibunuh.

Penduduk Cina di ibu kota ini mengadakan mesyuarat semalam untuk memutuskan tindakan selanjutny­a. Pada masa sama, Kementeria­n Luar China berkata, ia memanggil Duta Perancis di Beijing berhubung insiden tembakan itu.

Keganasan terbaru berlaku beberapa hari selepas ribuan lain berarak di ibu kota ini menentang keganasan polis, dalam pertunjuka­n kemarahan dicetuskan dakwaan merogol Februari lalu oleh lelaki kulit hitam dan penderaan lain polis.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia