Berita Harian

Federer teruskan kemaraan

Melangkah ke pusingan keempat selepas mengetepik­an cabaran Del Potro

-

Roger Federer meneruskan prestasi terbaiknya apabila meloloskan diri ke pusingan keempat Terbuka Miami selepas membenam pemain Argentina, Juan Martin del Potro 6-3, 6-4, semalam.

Del Potro sentiasa menikmati sokongan di sini kerana komuniti Argentina yang besar dan cerita sama berulang dengan sorakan padu kedengaran di gelanggang Crandon Park.

Ia adalah pertemuan pertama kedua-dua pemain terbabit sejak 2013 dan rekod 15 kemenangan daripada 21 perlawanan meletakkan Federer sebagai pilihan.

Namun, faktor sorakan penyokong Argentina hampir mengheret perlawanan itu ke set ketiga.

“Tidak lama sebelum berjalan keluar ke gelanggang, saya dapat merasakan suasana hebat,” kata Federer. “Jadi, saya bercakap kepada diri untuk bersedia menghadapi suasana berbeza.”

Mata penting

Federer dipaksa menyelamat­kan empat mata penting di set pertama tetapi dia berjaya mengekalka­n penguasaan kepada 5-3 sebelum menang set pembukaan.

Ketika lawannya dari Argentina itu cuba mengejar ketika ketinggala­n 4-3 di set kedua, Federer segera memadamkan peluang itu dengan memenangin­ya dalam tempoh satu jam 22 minit.

“Saya berasa seperti menguasain­ya dan saya berupaya mencipta banyak peluang berbanding Del Potro,” kata Federer.

“Dia juga memiliki peluang untuk menyingkir­kan saya, mungkin kerana prestasi saya yang tidak berapa menentu,” kata pemain Switzerlan­d itu yang menjuarai Terbuka Australia, Januari lalu.

Federer, yang merekodkan kepulangan bergaya selepas kecederaan enam bulan termasuk memenangi Indian Wells bulan ini, seterusnya berdepan pemain Sepanyol Roberto Bautista. Roger Federer, Pemain tenis nombor 6 dunia

Saya berasa seperti menguasain­ya dan saya berupaya mencipta banyak peluang berbanding Del Potro”

 ??  ?? Aksi Federer membalas pukulan pemain Argentina, Del Potro, semalam.
Aksi Federer membalas pukulan pemain Argentina, Del Potro, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia