Berita Harian

Real lancar operasi buru Eden Hazard

Rancang beli bintang Chelsea itu dengan rekod dunia untuk jadi Galactico baharu

- SABTU HULL AHAD KEDUDUKAN

LIVERPOOL EVERTON 7.30 mlm

CHELSEA BURNLEY LEICESTER MAN UTD WATFORD

SOUTHAMPTO­N B'MOUTH 12.30 t/mlm ARSENAL

CPALACE 10 mlm

TOTTENHAM 10 mlm

WEST HAM 10 mlm

STOKE CITY 10 mlm

WEST BROM 10 mlm

SUNDERLAND 10 mlm MAN CITY 11 mlm 69 59 57 56 24 22 20 ̌

Real Madrid melancarka­n ‘Operasi Eden Hazard’ meskipun terpaksa berdepan nilai perpindaha­n berstatus rekod dunia bagi mengikat bintang Chelsea itu.

Persaingan kini terbuka bagi menjamin masa depan Hazard tatkala the Blues sedar keinginan gergasi kelab Sepanyol itu untuk menjadikan­nya sebagai Galactico seterusnya.

Apapun, masih belum ada bayangan sama ada keazaman The Blues bagi mengekalka­n pemain Belgium itu bakal berkuranga­n sekiranya terdapat tawaran di atas rekod dunia STG89.3 juta (RM495 juta) seperti dilakukan Manchester United untuk mendapatka­n Paul Pogba.

Halangan STG100 juta (RM554 juta) yuran perpindaha­n mungkin dipadamkan buat kali pertama sekiranya Real Madrid menaruh minat yang tinggi terhadap pemain berkenaan.

Chelsea dalam pada itu masih belum menerima sebarang tawaran daripada Real setakat ini bagi mendapatka­n pemain berusia 26 tahun itu.

Minat tinggi

Dan sekiranya tiada tawaran, Stamford Bridge sudah pasti tidak mempunyai keinginan untuk melepaskan bintangnya itu berpindah, biarpun dengan apa juga nilai ditawarkan.

Selain itu terdapat juga laporan di mana Hazard dikatakan sedang mempelajar­i bahasa Sepanyol sekali gus memperkuat­kan pemindahan­nya ke Madrid.

Hazard mengetahui kecenderun­gan Real bagi mendapatka­n khidmatnya tetapi lebih selesa untuk berdiam diri mengenai masa depannya.

 ??  ?? Hazard kini jadi buruan kelab gergasi Sepanyol, Real Madrid.
Hazard kini jadi buruan kelab gergasi Sepanyol, Real Madrid.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia