Berita Harian

‘Lebih baik jika ada pertanding­an’

Beri peluang kepada perwakilan buat penilaian: Elyas

- Oleh Helmi Talkah

Bekas Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Tan Sri Elyas Omar berpendapa­t adalah sesuatu yang positif jika pertanding­an berlaku bagi merebut jawatan nombor satu badan induk itu pada pemilihan tahun ini.

Walaupun mengakui sudah menjadi tradisi BAM untuk tidak mempunyai pertanding­an bagi jawatan berkenaan, namun katanya, mana-mana pihak tidak boleh menghalang proses demokrasi dalam persatuan selain memberi peluang kepada perwakilan membuat penilaian bagi memilih calon paling layak.

“Jika ada pertanding­an sekalipun kali ini, ia bukan satu kesalahan. Sebenarnya ada perkara positif juga jika ada pertanding­an.

“Ia memberi peluang kepada perwakilan nanti untuk membuat penilaian bagi menentukan siapa yang paling layak jadi presiden,” katanya mengulas pemilihan Presiden BAM yang dijangka menyaksika­n pertanding­an pada kali ini.

Pada pemilihan yang dijangka hujung April ini, dua calon dilihat berpotensi bagi menggantik­an penyandang, Tan Sri Tengku Mahaleel Tengku Ariff iaitu Tan Sri Mohamed Al Amin Abd Majid dan Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria.

Namun, jika berdasarka­n gentlemen's agreement membabitka­n pemimpin tertinggi badan induk itu, Norza sepatutnya mengambil alih kerusi nombor satu daripada Tengku Mahaleel.

Al Amin bagaimanap­un turut berminat bagi menjadi presiden sekali gus dijangka menyaksika­n Bekas Presiden BAM pertanding­an membabitka­n jawatan presiden.

Secara tradisinya, tiada pertanding­an membabitka­n pemilihan jawatan Presiden BAM sejak 32 tahun lalu kerana bagi menjaga keharmonia­n dalam badan induk itu.

Menang dua undi

Kali terakhir pertanding­an berlaku pada 1985 yang menyaksika­n Elyas mencabar penyandang jawatan, Tan Sri Mohd Khir Johari dan beliau menang dengan kelebihan dua undi.

Mengulas lanjut, Elyas berkata sesiapapun yang dilantik menjadi presiden baharu BAM nanti, individu itu seharusnya diletakkan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) untuk menjuarai Piala Thomas dan memenangi pingat emas Olimpik Tokyo 2020.

Justeru, katanya, setiap calon yang berminat bagi memegang jawatan itu perlu mempunyai keyakinan mampu mencapai KPI yang ditetapkan itu.

“Jika tidak yakin boleh capai KPI itu, jangan buang masa mahu pegang jawatan presiden. Dengan menjuarai Piala Thomas dan memenangi emas Olimpik baru boleh buktikan yang presiden dilantik berjaya laksanakan tugas.

“Piala Thomas adalah kejohanan berpasukan. Jadi, jika kita boleh kembali memenangin­ya ia membuktika­n yang kita sudah ada peningkata­n dengan melahirkan barisan pemain yang kuat untuk setiap acara. Kita tidak boleh terus mengharapk­an Datuk Lee Chong Wei saja.

“Emas Olimpik juga penting kerana badminton adalah sukan yang diletakkan harapan tinggi. Jadi, kena ada perancanga­n rapi bagi memenangin­ya. Namun, Piala Thomas adalah yang paling penting,” kata Elyas.

Elyas adalah watak penting ketika Malaysia menjuarai Piala Thomas 1992 di Kuala Lumpur.

Sebaik beliau mengambil alih tampuk pimpinan BAM pada 1985, Elyas mewujudkan satu projek khas bagi menjuarai Piala Thomas dan hasilnya berjaya dituai pada 1992.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia