Berita Harian

Sukan KL siar liputan langsung 24 kategori

Catat sejarah siaran tertinggi sejak edisi pertama Bangkok 1959

- Oleh Naqib Nor Said

Demam Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 bukan saja dirasai peminat tempatan, malah bakal dirasai penduduk di negara ASEAN lain apabila sebanyak 24 daripada 38 sukan dipertandi­ngkan disiarkan secara langsung menerusi televisyen.

Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar, berkata meskipun ia meliputi hanya 60 peratus keseluruha­n, namun tetap menjadikan ia sebagai siaran langsung tertinggi sepanjang sejarah sejak edisi pertama di Bangkok 1959.

Katanya, setakat ini sudah ada 15 penyiar yang mewakili tujuh negara ASEAN termasuk penyiar antarabang­sa daripada Switzerlan­d akan merakam detik bersejarah temasya terbabit.

Pemilihan dibuat adil

“Saya juga difahamkan menerusi Jawatankua­sa Penyiaran SEAGF perkara membabitka­n monopoli dalam kalangan organisasi penyiaran negara peserta dapat dielak,” katanya pada Seminar Penyiar-penyiar Sukan SEA 2017, di sini, semalam.

Sukan yang bakal disiarkan itu adalah olahraga, akuatik, bola sepak, basikal trek, tenpin boling, biliards & snooker, ragbi 7 sebelah, angkat berat, ping pong, gimnastik, luncur ais, tinju dan muay thai.

Selain itu, karate, taekwondo, pencak silat, wushu, bola keranjang, badminton, bola jaring, sepak takraw, skuasy, memanah dan hoki.

Sementara itu, Setiausaha Kehormat SEAGF, Datuk Low Beng Choo berkata siaran langsung itu bukannya semata-mata tertumpu kepada atlet negara sahaja, malah membabitka­n atlet luar.

“Pemilihan sukan untuk siaran langsung ini dibuat secara adil bagi membolehka­n semua negara bertanding dapat melihat lebih dekat atlet mereka.

“Dalam 24 sukan itu semuanya membabitka­n acara tumpuan. Bagaimanap­un sekiranya ada perkara-perkara yang tidak dijangka, maka mungkin jumlah sukan tersebut akan ditambah,” katanya.

 ?? [ FOTO OSMAN ADNAN / BH ] ?? Dari kiri Beng Choo; Pengurus Besar Astro Arena, John Nienabar, Khairy Jamaluddin dan Ketua Pegawai Operasi MASOC, Shaiful Subhan pada Seminar Penyiar-penyiar Sukan SEA Ke-29, di Petaling Jaya, semalam.
[ FOTO OSMAN ADNAN / BH ] Dari kiri Beng Choo; Pengurus Besar Astro Arena, John Nienabar, Khairy Jamaluddin dan Ketua Pegawai Operasi MASOC, Shaiful Subhan pada Seminar Penyiar-penyiar Sukan SEA Ke-29, di Petaling Jaya, semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia