Berita Harian

Usah banding temasya di Singapura

-

Petaling Jaya: Majlis Olimpik Malaysia (MOM) menggesa semua pihak berhenti membanding­kan Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 dengan temasya sama di Singapura dua tahun lalu.

Setiausaha Agung MOM, Datuk Low Beng Choo berkata ‘permainan’ itu harus dihentikan kerana Malaysia yang akan menjadi tuan rumah edisi ke-29 mempunyai cara tersendiri dalam memastikan ia menjadi penganjura­n ter- baik dalam sejarah.

“Saya tahu ramai orang yang berkata penganjura­n Singapura dua tahun lalu sebagai terbaik. Hakikatnya kita ada kekuatan tersendiri. Dan saya fikir kita perlu berhenti daripada terus melakukan pembanding­an dengan Singapura.

Cara tersendiri

“Kita perlu tengok apa yang kita kuat, kemudian kita gunakan sebab kita bukan Singapura tetapi kita Malaysia. Kita akan menganjurk­an dengan cara tersendiri tetapi keputusan akhir mungkin boleh lebih baik daripada mereka,” katanya selepas program Majlis Penyiar-penyiar Sukan SEA Kuala Lumpur 2017, di sini, semalam.

Meskipun kali terakhir menganjurk­annya pada edisi 1993, Sukan SEA Singapura dua tahun lalu dianggap terbaik dalam sejarah temasya sukan terbesar Asia Tenggara itu.

Antara sebab utamanya adalah kerana kemudahan pen- gangkutan awam yang cekap dan sistematik serta venue cantik selain sistem jalur lebar (internet) efisyen.

Begitupun, Beng Choo percaya Malaysia tetap memiliki kelebihan tersendiri sambil memberi bayangan pihaknya sedia menjadikan sukarelawa­n sebagai aset utama pada temasya kali ini.

“Orang ramai boleh katakan atlet sebagai paling penting, tetapi harus kita ingat sukarelawa­n juga sama penting.”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia