Berita Harian

Zaqhwan anggap tiada kelebihan selaku juara

- Oleh Khairil S Iswan

Kuala Lumpur: Tiba ke perlumbaan pembuka tirai Kejuaraan Motosikal Asia FIM (ARRC) 2017 di Litar Pasir Gudang hujung minggu ini dengan status penyandang juara, tidak dianggap Mohd Zaqhwan Zaidi memberinya banyak kelebihan.

Malah, pelumba pasukan Musashi Boon Siew Honda itu mengakui persaingan pada tahun ini jelas lebih tinggi dengan kehadiran pelumba berkualiti yang pasti mahu merampas kejuaraan dimenangin­ya pada tahun lalu itu.

“Bagi saya tahun ini persaingan­nya pasti jauh lebih sukar terutama cabaran daripada dua pelumba Thailand, Decha Kraisart dan Chalermpol Polamai selain Azlan Shah Kamaruzama­n yang semuanya bekas juara,” kata Zaqhwan.

“Jadi, saya tidak melihat status sebagai penyandang juara itu memberi banyak kelebihan dan memberikan fokus terhadap perlumbaan kerana itu yang lebih utama.”

Perbaiki rekod

Tahun lalu, Zaqhwan merampas gelaran juara keseluruha­n pada pusingan terakhir di India, sekali pun hanya memenangi satu perlumbaan sepanjang enam pusingan.

Justeru, rekod itu mahu diperbaiki­nya termasuk di Pasir Gudang yang menjadi satusatuny­a perlumbaan di laman sendiri pada musim ini.

“Pada tahun lalu, saya ada lakukan sedikit kesilapan ketika perlumbaan di Pasir Gudang, namun masih berupaya untuk menamatkan perlumbaan di kedudukan podium jadi ia satu kelegaan.

“Berdasarka­n kepada ujian pramusim sebelum ini termasuk di Pasir Gudang jadi saya yakin kami mampu melakukan sesuatu,” katanya yang tidak begitu bimbang mengenai prestasiny­a kurang konsistenn­ya di perlumbaan Cub Prix, musim ini.

Sebagai rekod, Zaqhwan sudah dua kali memenangi gelaran Asia termasuk pada 2014 dan pernah beraksi di Kejuaraan Motosikal Dunia dalam kelas Moto2 pada 2015.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia