Berita Harian

Bruno Suzuki pemain terbaik Februari

Pemain kelahiran Brazil terima undian tertinggi, ketepi empat calon

-

Penyerang import Negeri Sembilan, Bruno Suzuki dipilih sebagai pemenang Anugerah Pemain Terbaik Bulanan Liga Perdana Persatuan Pemain Bola Sepak Profesiona­l Malaysia (Pfam)asiana.my bagi Februari.

Pemain kelahiran Brazil berusia 27 tahun dan dibesarkan di Jepun itu menerima undian tertinggi sebanyak 1,689 undi atau 51.6 peratus dari keseluruha­n, bagi mengenepik­an empat calon lain.

Calon lain ialah Shahrel Fikri dari PKNP FC yang mendapat 1,081 undi (33 peratus); Lutfulla Turaev dari Terengganu FA (354 atau 10.8 peratus), Dimitri Bodric dari MISCMIFA (137 atau 4.2 peratus) dan Dao Bakary dari PDRM (11 atau 0.4 peratus).

Bakar semangat

Kemenangan itu membolehka­n Suzuki menerima hadiah wang tunai RM500 sumbangan 139associa­tes dan MVP Sports Agency, trofi sumbangan Ideasia, baucer barangan sukan dari Kobert bernilai RM500 dan gambar berserta bingkai pemain sumbangan Asiana.my.

“Saya tidak sangka menerima anugerah pemain terbaik ini, namun sangat gembira kerana mendapat anugerah ini untuk kali pertama. Kemenangan ini nyata membakar semangat saya untuk beraksi lebih baik bagi membantu pasukan.

“Namun kejayaan ini bukan datang dari saya seorang sebaliknya sumbangan semua pihak termasuk barisan pengurusan dan rakan sepasukan yang sentiasa memberikan kerjasama di atas padang,” kata Suzuki sebaik menerima anugerah itu yang disampaika­n Presiden PFAM, Hairuddin Omar di padang Universiti Teknologi MARA (UITM) Seremban 3.

Yang turut hadir, Timbalan Presiden FDAM, Rezal Zambery Yahya; Ketua Pegawai Eksekutif PFAM, Izham Ismail dan Pengurus pasukan Liga Perdana Negeri Sembilan, Satwan Singh serta ketua jurulatih, Mohd Asri Ninggal.

Anugerah Pemain Terbaik Bulanan PFAM - asiana.my ini dikelolaka­n oleh FDAM dengan kerjasama asiana.my.

 ?? [ FOTO IQMAL HAQIM ROSMAN / BH ] ?? Suzuki bersama piala selepas diumumkan pemain terbaik Februari
[ FOTO IQMAL HAQIM ROSMAN / BH ] Suzuki bersama piala selepas diumumkan pemain terbaik Februari

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia