Berita Harian

4 pemain kembali sertai Harimau Malaysia dipuji

- Oleh Syafiq Aznan

Kuala Lumpur: Keputusan empat pemain Johor Darul Ta’zim (JDT) untuk kembali bersama Harimau Malaysia selepas bersara sebelum ini dilihat mampu memberi situasi ‘menang-menang’ kepada dua pihak terbabit.

Situasi ini diakui bekas pemain kebangsaan era 70an, Bakri Ibni yang menyifatka­n tindakan pemain berkenaan sebagai satu tindakan wajar dan keberanian mereka seharusnya dipuji.

Meskipun mereka mengejutka­n arena bola sepak kerana mengumumka­n persaraan sebelum ini secara tiba-tiba, namun bekas pemain Perlis ini menjelaska­n penyokong bola sepak tempatan perlu melupakann­ya dan memberi sokongan kepada mereka.

“Kita perlu berterima kasih kepada mereka kerana masih sudi kembali membarisi pasukan kebangsaan. Panggilan itu adalah satu penghormat­an. Jadi saya gembira apabila mereka membuat keputusan kembali bersama skuad Harimau Malaysia.

“Saya lihat keadaan ini memberi ‘situasi menang-menang’ kerana pemain dapat menambahka­n kap antarabang­sa dan berpeluang beraksi pada tahap lebih tinggi sementara skuad kebangsaan pula mendapat khidmat pemain berkualiti.

Ada alasan tersendiri (gambar)

“Apapun yang terjadi sebelum ini, kita lupakan. Mereka pastinya ada alasan tersendiri untuk tidak bersama skuad kebangsaan tetapi kini mereka sudah bertekad untuk kembali menyertai pasukan kebangsaan.

“Jadi, kita buka buku baharu kerana kita pastinya mahu menyaksika­n bola sepak Malaysia kembali menyinar seperti dahulu,” katanya, semalam.

BH Sukan semalam melaporkan Aidil Zafuan Abd Radzak, Safiq Rahim, S Kunanlan dan Amirulhadi Zainal dikatakan bersedia kembali menyarung jersi Harimau Malaysia selepas mengumumka­n persaraan pada Julai tahun lalu.

Malah, Aidil yang juga pertahanan Johor Darul Ta’zim (JDT) itu menyerahka­n kepada jurulatih baharu, Mario Gomez sama ada mahu memanggiln­ya semula mewakili skuad itu atau tidak.

Bagaimanap­un, keputusan ini sudah dijangka susulan pemilihan Tunku Ismail Sultan Ibrahim sebagai Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM yang baharu pada Kongres Pemilihan FAM ke-53, Sabtu lalu.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia