Berita Harian

Afiq taruhan kekang ancaman Tok Gajah

- Oleh Rizar Mohd Noor

Johor Bahru: Kelibat pemain tengah Johor Darul Ta’zim (JDT), Mohd Afiq Fazail bakal menjadi taruhan terbaik di posisi tengah apabila menentang Pahang pada aksi suku akhir pertama Piala FA di Stadium Darul Makmur, Sabtu ini.

Dia yang baru pulih daripada kecederaan tampak sudah bersedia diturunkan bagi membantu memastikan skuad Harimau Selatan mencatat keputusan positif apabila beraksi di tempat lawan.

Namun pemain muda JDT itu mengakui pasukannya bakal berdepan saingan sengit daripada skuad Tok Gajah yang turut mengintai untuk memburu kemenangan di laman sendiri.

“Perlawanan pasti sengit kerana kami juga mahukan kemenangan. Saya percaya segala perancanga­n yang dibentuk jurulatih (Benjamin Mora) sepanjang tempoh rehat akan beri kesan bagi menentang Pahang.

Kombinasi makin serasi

“Walaupun kami pernah tewaskan Pahang 3-2 pada aksi Liga Super sebelum ini tetapi itu cerita lama. Kami harus fokus pada aksi Piala FA kerana ia perlawanan timbal balik dan kemenangan amat ditagih bagi mencari bekalan selesa.

“Kombinasi saya bersama kapten (Safiq Rahim) dan Nazmi (Faiz Mansor) semakin serasi, malah mereka tidak lokek untuk memberi kata-kata nasihat bagi meningkatk­an kualiti permainan saya,” katanya.

Mohd Afiq yang sinomin dengan panggilan ‘Jambu’ dikalangan rakan sepasukan berterima kasih kepada abangnya, Mohd Irfan yang banyak membantu bagi memberi keyakinan ketika beraksi dalam setiap perlawanan.

Apa pun untuk aksi menentang skuad kendalian Dollah Salleh, Mohd Afiq menyifatka­n skuad Tok Gajah dibarisi pemain hebat terutama barisan penyerang import yang mampu beri ancaman.

“Kita akan turun habis-habisan dan pada masa sama perlu berwaspada dengan ancaman pemain Pahang. Tugas saya begitu mencabar apabila perlu menyekat gerakan posisi tengah pasukan lawan nanti,” kata Mohd Afiq.

 ??  ?? Mohd Afiq Fazail
Mohd Afiq Fazail

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia