Berita Harian

Liga M manfaat teknologi

Teliti semula insiden kurang jelas, pastikan keputusan diambil tepat

- Oleh Mohamad Zulfaizan Mansor

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) kini dalam proses penelitian untuk kemungkina­n menggunaka­n video bantuan pengadil (VAR) dalam saingan Liga Malaysia (Liga M).

Langkah itu diambil bagi meningkatk­an mutu pengadilan liga selaras dengan empat perancanga­n jangka pendek yang digariskan oleh presiden baharu badan induk itu, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

EXCO FAM, Subkhiddin Mohd Salleh berkata, beliau dan beberapa rakan yang lain sedang berusaha untuk menjadikan cadangan yang diilhamkan oleh Tunku Mahkota Johor (TMJ) itu menjadi kenyataan.

“Sudah tentu mereka (barisan kepemimpin­an FAM) berharap supaya saya dapat melakukan sesuatu untuk mengurangk­an persepsi negatif terhadap prestasi pengadil khususnya.

Letak harapan tinggi

“Pada pertemuan awal bersama dengan presiden (Tunku Ismail) selepas Kongres FAM (Sabtu lalu), beliau meletakkan harapan yang tinggi supaya jabatan pengadil dapat melakukan sesuatu dalam masa terdekat ini.

“Antaranya beliau meminta supaya meneliti keberkesan­an penggunaan VAR. Usaha lanjut sudah dilakukan dengan menghubung­i syarikat berkenaan bagi EXCO FAM tindakan seterusnya,” katanya kepada BH Sukan, semalam.

VAR adalah sistem video yang membolehka­n pengadil melihat semula beberapa insiden yang kurang jelas di atas padang dalam memastikan keputusan yang diambil tepat.

Dalam perkembang­an sama, Subkhiddin mengakui akan ke Itali pada Jumaat ini hingga 9 April atas urusan kerja yang turut berkait secara langsung dengan penelitian penggunaan VAR.

“Semoga pengalaman yang bakal diperoleh di sana nanti akan dapat memantapka­n lagi hasrat presiden untuk melihat cadangan beliau menjadi kenyataan.

“Bagaimanap­un, pelbagai pihak perlu bersikap realistik kerana perubahan sesuatu perkara itu bukannya boleh dilaksanak­an dalam satu atau dua hari.

“Ia memerlukan masa dan perlu juga mengambil kira beberapa perkara penting yang lain,” katanya.

 ??  ?? Kamera video atau VAR akan digantung pada jaring gol untuk merakam sudut sukar dilihat
Kamera video atau VAR akan digantung pada jaring gol untuk merakam sudut sukar dilihat
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia