Berita Harian

Pemilihan Gomez tepat: Hairuddin

- Oleh Mohd Amin Jalil

Seremban: Persatuan Pemain Bola Sepak Profesiona­l Malaysia (PFAM) yakin perubahan bakal dilaksanak­an oleh Tunku Ismail Sultan Ibrahim ter utama dalam merombak pasukan bola sepak kebangsaan akan berjaya.

Presiden PFAM, Hairuddin Omar berkata, ini termasuk langkah awal dilakukan Tunku Mahkota Johor itu dengan melantik bekas jurulatih Johor Darul Ta’zim (JDT), Mario Gomez sebagai pengendali baharu Harimau Malaysia.

Katanya, Gomez bukan saja berpengala­man, malah memiliki rekod yang baik dalam kancah bola sepak Malaysia dan rantau Asia terutama sepanjang tempoh tiga tahun kebelakang­an ini.

“Kelebihan yang Gomez miliki itu menepati apa yang diperlukan iaitu beliau mengenali pemain Malaysia dan corak serta taraf liga kita dan rantau ini. Bagi saya tiga faktor ini penting bagi melantik seorang jurulatih asing bagi mengendali­kan pasukan kebangsaan.

“Justeru, pemilihan Gomez sebagai pengendali skuad kebangsaan adalah tepat terutama ketika Harimau Malaysia menghadapi kempen Piala Asia dan kelayakan Piala Dunia,” katanya.

Bentuk skuad kebangsaan

Beliau mengulas pemilihan Tunku Ismail sebagai Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) selepas menghadiri majlis Anugerah Pemain Terbaik Bulanan 2017 oleh PFAM di Universiti Teknologi Mara (UITM) Seremban 3, dekat sini, semalam.

Hairuddin juga yakin Gomez mampu membentuk skuad kebangsaan yang lebih mantap dalam tempoh masa yang diberikan padanya untuk menghadapi kejohanan besar itu.

Dia yakin pengendali Harimau Malaysia itu akan dapat menarik kembali empat pemain yang bersara sebelum ini iaitu Safiq Rahim, Mohd Aidil Zafuan Abd Radzak, Amirul Hadi Zainal dan S Kunalan.

Mengulas mengenai perubahan terhadap Datuk Ong Kim Swee yang diamanahka­n melatih skuad Bawah 22 Tahun, Hairuddin berkata, pengendali itu antara jurulatih tempatan terbaik ketika ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia