Berita Harian

ADAX bakal lahir 20,000 profesiona­l data

Langkah penuhi aspirasi ekonomi digital negara

- Oleh Shahrizan Salian

ASEAN Data Analytics Exchange (ADAX), bursa data fizikal pertama di dunia yang terletak di Malaysia, menyasar untuk melahirkan 20,000 profesiona­l data menjelang 2020, sekali gus mencapai aspirasi ekonomi digital negara ini.

Profesiona­l data berpeluang menjana pendapatan penengah atau median sehingga RM50,000 sebulan jika mempunyai pengalaman sekurang-kurangnya lima tahun. Di Amerika Syarikat (AS), gaji median profesiona­l data boleh mencecah sehingga AS$128,000 sebulan.

ADAX yang berpusat di Bangsar South, Kuala Lumpur adalah inisiatif yang diterajui oleh Malaysia Digital Economy Corporatio­n (MDEC) dan peruntukan daripada Pembanguna­n Sumber Manusia Bhd (PSMB).

Ketua Pegawai Eksekutif ADAX, Sharala Axryd, berkata penubuhan pusat sehenti itu bertujuan mencetuska­n inspirasi dan membolehka­n pelbagai organisasi, khususnya perusahaan kecil dan sederhana (PKS) melaksanak­an inovasi yang dipacu oleh data.

Katanya, sokongan diterima daripada peserta industri, rakan pelaksana dan MDEC adalah penting bagi membolehka­nnya memulakan perjalanan Malaysia ke arah analisis data, sebuah industri menawarkan pelbagai peluang serta pekerjaan bernilai tinggi.

“Sejajar dengan matlamat negara, kami menyasar untuk melahirkan 20,000 profesiona­l data menjelang 2020 dan daripada jumlah itu, 10 peratus adalah saintis data. Itu adalah petunjuk prestasi utama (KPI) pertama bagi ADAX,” katanya pada taklimat media ketika majlis perasmian pejabat ADAX di Kuala Lumpur, semalam.

Perasmian disempurna­kan Ketua Pegawai Eksekutif MDEC, Datuk Yasmin Mahmood dan Ketua Pegawai Eksekutif PSMB, Datuk CM Vignaesvar­an Jeyandran. Yang turut hadir Pengarah Bahagian Modal Inovasi MDEC, Dr Karl Ng.

Kerjasama antara peserta industri data

Penubuhan ADAX diumumkan pada Mac 2016 dan operasinya bermula sekitar Oktober lalu, yang mana fungsinya adalah sebagai platform yang mencetuska­n kerjasama antara peserta industri data di dalam satu lokasi berpusat.

ADAX menawarkan pelbagai latihan dan kursus yang bakal melahirkan generasi baharu saintis serta profesiona­l data.

Ia bekerjasam­a rapat dengan rakan pelaksana tempatan dan antarabang­sa industri seperti Cloudera, Fusionex, IBM, Microsoft, Open Data Institute, SAS dan The Center of Applied Data Science.

 ??  ?? (Dari kiri) Pengarah Bahagian Modal Inovasi MDEC, Dr Karl Ng; Sharala dan Ketua Pegawai Eksekutif PSMB, Datuk CM Vignaesvar­an Jeyandran ketika majlis perasmian pejabat ADAX di Kuala Lumpur, semalam.
(Dari kiri) Pengarah Bahagian Modal Inovasi MDEC, Dr Karl Ng; Sharala dan Ketua Pegawai Eksekutif PSMB, Datuk CM Vignaesvar­an Jeyandran ketika majlis perasmian pejabat ADAX di Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia