Berita Harian

Pameran hartanah di Kedah Ogos

Kerjasama NSTP, Aman Central sasar pembeli kawasan Utara

- Oleh Noorazura Abdul Rahman

Myrumah 2017 (Myrumah 2017), pameran hartanah anjuran Kumpulan The New Straits Times Press (M) Bhd (NSTP), akan diteruskan di Kedah pada Ogos ini, dengan sasaran utama memenuhi keperluan sektor perumahan mampu milik, khususnya di wilayah Utara.

Pameran itu yang bakal diadakan di Pusat Beli-belah Aman Central, Alor Setar pada 4 hingga 6 Ogos 2017, dijangka menghimpun­kan sekurang-kurangnya 15 hingga 20 pemaju hartanah utama wilayah utara, terutama dari Kedah.

Pengurus Besar Wilayah dan Perkhidmat­an Kreatif NSTP, Zulkarnain Abd Talib, yakin pameran Myrumah 2017 di Kedah bakal mendapat sambutan baik daripada penduduk di Utara.

Katanya, ia berikutan sektor hartanah pesat membangun di negeri itu, apatah lagi kehadiran pemaju yang menawarkan lebih banyak rumah mampu milik sebagai pelaburan menguntung­kan kepada pembeli.

“Kami amat mengalu-alukan penyertaan pemaju perumahan mampu milik kerana penyertaan pemaju yang mampu menawarkan harga berpatutan boleh menggamit lebih ramai pembeli untuk berkunjung ke pameran ini nanti.

“Myrumah 2017 bukan sekadar berkisar kepada pameran hartanah semata-mata, sebaliknya kami menyediaka­n pakar perunding yang akan berkongsi pandangan mengenai pelbagai topik berkaitan hartanah seperti pelaburan, kewangan, feng shui dan sebagainya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas majlis menandatan­gani memorandum persefaham­an (MOU) kerjasama menjayakan Myrumah 2017 antara NSTP dan Aman Central, di Alor Setar, semalam.

Sementara itu, Pengurus Komunikasi Pemasaran Aman Central, Wendy Wong, berkata pihaknya akan menyediaka­n lebih 1,390 meter persegi ruang di aras bawah pusat beli-belah itu sebagai tanda menyokong Myrumah 2017 anjuran NSTP.

Ilmu beli rumah

Katanya, ruang itu sering digunakan syarikat serta peniaga untuk membuat pameran dan jualan dan setakat ini hasil jualan di aras bawah tidak pernah mengecewak­an.

“Kerjasama ini adalah sokongan kami untuk melihat lebih ramai penduduk di negeri ini memiliki rumah sendiri, selain pengunjung memperoleh ilmu mengenai pasaran hartanah, cara menguruska­n kewangan serta pelaburan,” katanya.

 ?? [ FOTO SHAHRIZAL MD NOOR/BH ] ?? Zulkarnain (dua dari kanan) dan Wong pada majlis menandatan­gani memorandum persefaham­an (MOU) bagi menjayakan Myrumah 2017 antara NSTP dan Aman Central, di Alor Setar, semalam.
[ FOTO SHAHRIZAL MD NOOR/BH ] Zulkarnain (dua dari kanan) dan Wong pada majlis menandatan­gani memorandum persefaham­an (MOU) bagi menjayakan Myrumah 2017 antara NSTP dan Aman Central, di Alor Setar, semalam.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia