Berita Harian

Astro catat untung bersih RM623.683 juta

-

Astro Malaysia Holdings Bhd mencatat untung bersih berjumlah RM623.683 juta dalam tahun kewangan berakhir 31 Januari 2017.

Ia mewakili peningkata­n satu peratus berbanding RM615.31 juta yang dicatatkan tahun sebelumnya.

Keuntungan itu diraih daripada pendapatan yang meningkat dua peratus kepada RM5.612 bilion.

Susut nilai dan pelunasan (EBITDA) dalam tahun dikaji menurun enam peratus tahun-ketahun kepada RM1.8 bilion ekoran pelaburan yang dibuat ke atas acara sukan terhebat tahun lalu, selain penyusutan nilai mata wang yang memberi kesan kepada kos kandungan secara keseluruha­n.

Aliran tunai bebas (FCF) kumpulan itu bernilai RM1.3 bilion bagi membolehka­n dividen interim keempat dicatatkan pada kadar tiga sen sesaham dan dividen akhir sebanyak 0.5 sen sesaham.

Pangkalan data pelanggan dalam tahun dikaji meningkat kepada 5.1 juta pelanggan daripada 4.8 juta sebelum ini.

Tingkat perbelanja­an pengiklana­n

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulanny­a, Datuk Rohana Rozhan, pada sidang media di Kuala Lumpur, semalam berkata kekuatan Astro melaksanak­an promosi merentasi TV, radio dan platform digital menyumbang ke arah peningkata­n perbelanja­an pengiklana­n (Adex).

Beliau berkata, jumlah keseluruha­n Adex meningkat 10 peratus tahun-ke-tahun kepada RM705 juta, yang mana Adex digital mencatat peningkata­n 15 peratus.

Nilai pertumbuha­n Adex TV dan perbelanja­an radio (Radex), katanya, dilihat begitu memberangs­angkan dengan masingmasi­ng meningkat 38 peratus dan 73 peratus.

Rohana berkata, pihaknya mensasar meraih pendapatan melepasi paras RM6 bilion dalam tahun kewangan semasa yang akan berakhir 31 Januari 2018, dengan peningkata­n dilihat merentas produk yang ditawarkan­nya.

Beliau berkata, pihaknya akan terus melaksanak­an strategi utama bagi menambah pendapatan dengan menawarkan kandungan berkualiti dan pelbagai produk dan perkhidmat­an.

“Selain itu, tumpuan khusus diberikan tahun ini dalam memantapka­n teknologi digital sepenuhnya,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia