Berita Harian

MSTB penghubung status negara berpendapa­tan tinggi

Manfaat pasaran perisian global RM94 bilion menjelang 2020

-

Kebanyakan rakyat Malaysia mungkin tidak menyedari kewujudan industri pengujian perisian, yang menjadi bahagian penting dalam jaminan kualiti perisian (SQA), atau memandangn­ya sebagai bidang yang hanya difahami oleh golongan tertentu.

Bagaimanap­un, kajian hala tuju pengujian Unit Perancang Ekonomi (EPU) 2013, menganjurk­an pasaran pengujian perisisan global akan mencecah AS$94 bilion menjelang 2020.

Presiden Malaysian Software Testing Board (MSTB), Mastura Abu Samah, berkata, kini, hasil intervensi positif kerajaan Malaysia berada dalam kedudukan kukuh merebut peluang dalam segmen industri khusus yang sangat menguntung­kan itu.

Katanya, dengan mengenal pasti peluang yang ditawarkan industri pengujian perisian, Kerajaan Malaysia memulakan inisiatif Hab Pengujian Perisian Malaysia (MSTH) di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi 2008.

“Sejajar dengan fokus membangunk­an ekonomi berasaskan pengetahua­n, kerajaan mengambil pandangan jauh dalam mengenalpa­sti pengujian perisian sebagai sumber strategik dan berdaya maju untuk menjana pertumbuha­n ekonomi.

“MSTH, yang berada di bawah bidang kuasa Unit Perancang Ekonomi (EPU), sudah melalui fasa pembuktian konsep sebelum diteruskan di bawah Rancangan Malaysia Ke10 (2011 2015) ke arah pembanguna­n asas ekosistem memacu pembanguna­n industri mampan.

Beri rangsangan positif

“Ia terbukti memberi rangsangan positif ke arah kemajuan, penambahan nilai dan pertumbuha­n ekonomi negara. Inisiatif kini diteruskan di bawah Rancangan Malaysia Ke11 dengan peralihan fokus merealisas­i peluang ekonomi hasil dari usaha sebelumnya,” katanya di Kuala Lumpur, barubaru ini.

MSTB adalah badan industri yang mewakili kepentinga­n industri untuk mempromosi­kan pengujian perisian yang mana sejak pelaksanaa­n MSTH, MSTB memainkan peranan utama, memacu dan pemudah cara inisiatif, di bawah penyeliaan agensi dilantik kerajaan Malaysia.

Program MSTH menjadi asas kepada pembentuka­n ekosistem industri, meliputi semua pihak berkepenti­ngan, yang akan memacu dan meneruskan kemampanan sektor pengujian perisian tempatan sebagai industri bebas dan pemacu kemajuan industri berasaskan pengetahua­n yang mampu menjana peluang pekerjaan berpendapa­tan tinggi.

Ia bakal dicapai menerusi pelaksanaa­n inovatif dan dasar mesra industri oleh kerajaan; pembanguna­n modal insan untuk industri pengujian perisian; dan pemangkin pertumbuha­n industri pengujian perisian dan pemegang saham perniagaan. Presiden Malaysian Software Testing Board

 ??  ?? Datuk Seri Fadillah Yusof yang kini pada Jun 2010. Menteri Kerjaraya, melancarka­n Qlaborator­y (QLAB)
Datuk Seri Fadillah Yusof yang kini pada Jun 2010. Menteri Kerjaraya, melancarka­n Qlaborator­y (QLAB)
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? Ketua Pengarah Unit Perancang Ekonomi di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Rahamat Bivi Yusoff mengunjung­i pameran SOFTEC Asia 2015.
Ketua Pengarah Unit Perancang Ekonomi di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Rahamat Bivi Yusoff mengunjung­i pameran SOFTEC Asia 2015.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia