Berita Harian

Meletakkan Malaysia di persada pengujian perisian global

-

Software Testing Board (MSTB) mengambil langkah proaktif menaikkan profil Malaysia di pasaran pengujian perisian g lobal menerusi pembabitan pelbagai acara di persada antarabang­sa.

Ia turut meliputi platform industri di dalam organisasi seperti ISTQB, IREB dan Asian Software Quality Network.

Presiden MSTB, Mastura Abu Samah, berkata MSTB turut terbabit secara aktif dalam pembanguna­n standard bidang kejurutera­an sistem dan perisian melalui jawatan kuasa kecil ISO/IEC SC7.

Lanjutan daripada itu, katanya, Malaysia akan menjadi tuan rumah kepada ISO SC7 Plenary Meeting Mei tahun ini.

Persidanga­n tahunan SOFTEC

“MSTB turut menganjurk­an persidanga­n tahunan SOFTEC sejak 2008 iaitu persidanga­n menghimpun­kan pakar dan pemimpin berpengaru­h dalam industri pengujian perisian global bagi berkongsi pengetahua­n dan pengalaman mereka.

“Kini, persidanga­n itu berkembang sebagai acara SQA dalam medium bahasa Inggeris terbesar di rantau ini dan kami kini bersedia untuk penganjura­n SOFTEC Asia 2017 pada Ogos ini,” katanya di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Technavio, syarikat penyelidik dan penasihat teknologi terkemuka di bawah Kumpulan Infiniti Research yang berpangkal­an di United Kingdom (UK), mengunjurk­an saiz pasaran pengujian perisian global akan berkembang kepada RM246 bilion menjelang 2021.

CAGR pula melebihi 14 peratus sepanjang tempoh jangkaan 2017 hingga 2021.

Mengulas prospek cerah pengujian perisian, katanya, dalam Laporan Global Insights edisi 2014 dan 2015, Malaysia dikenal pasti sebagai salah satu negara pilihan utama syarikat global untuk penyumbera­n luar perkhidmat­an pengujian perisian.

Katanya, industri pengujian perisian global kini dalam pertumbuha­n trajektori dan Malaysia kini berada dalam kedudukan yang baik untuk mendapatka­n manfaat daripada corak pertumbuha­n ini dalam mencapai aspirasi negara untuk menjadi ekonomi berpendapa­tan tinggi.

“Kualiti perisian dan integriti sistem penting dalam menjamin pertumbuha­n dan kejayaan pelan ekonomi digital Malaysia. Sudah banyak masa, wang dan usaha dilaburkan oleh sektor swasta dan awam untuk meletakkan kita di kedudukan ini, namun masih terdapat banyak perkara yang perlu dilakukan.

Destinasi pilihan

“Kami memiliki fokus yang jelas untuk meletakkan Malaysia sebagai destinasi pilihan untuk pengujian perisian bagi segmen premium.

“Memacu ke depan, inisiatif MSTH perlu diperluask­an untuk meningkatk­an jangkauan penembusan ke pasaran antarabang­sa yang akan memerlukan kerjasama serta usaha antara MSTB, peserta industri dan agensi kerajaan berkaitann­ya,” kata Mastura.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia