Berita Harian

Keluar 6,000 sijil profesiona­l pengujian perisian

-

Software Testing Board (MSTB) bekerja rapat dengan agensi kerajaan yang berkaitan bagi mencadangk­an dasar mesra-industri yang akan membantu memacu pertumbuha­n industri sejajar sebahagian daripada inisiatif Hab Pengujian Perisian Malaysia (MSTH).

Keperluan pembabitan Independen­t Verificati­on and Validation (IVV), ujian perisian pihak ketiga, dalam perolehan perisian dan sistem perisian yang diperoleh agensi sektor awam kini dimasukkan ke dalam garis panduan Perolehan ICT Sektor Awam sejak 2013.

Kerjasama MSTB, MAMPU

Presiden MSTB, Mastura Abu Samah, berkata kerajaan kini terbukti merintis amalan ujian perisian terbaik dalam sektor awam dan menjadi petanda baik kepada industri pengujian perisian tempatan secara menyeluruh.

Dalam usaha meningkatk­an keyakinan sektor awam terhadap keberkesan­an IVV, katanya, MSTB bekerjasam­a dengan MAMPU dan agensi lain bagi menjayakan projek perintis Pengujian Perisian Sektor Awam (PPSA) yang membantu agensi mendalami pemahaman dan pengurusan projek IVV.

“Seperti industri lain, ketersedia­an modal insan yang berwibawa adalah penting bagi menyokong kemampanan pertumbuha­n.

“Dalam usaha membangunk­an kemahiran, MSTB setakat ini sudah mengeluark­an lebih 6,000 sijil profesiona­l bagi pengujian perisian dan kejurutera­an keperluan (requiremen­ts engineerin­g).

“Sijil itu diiktiraf di peringkat antarabang­sa dari Internatio­nal Software Testing Qualificat­ions Board (ISTQB) dan Internatio­nal Requiremen­ts Engineerin­g Board (IREB),” katanya di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata, bagi kemampanan bekalan modal insan jangka panjang, MSTB bekerjasam­a dengan universiti tempatan untuk membantu memperkasa subjek berkaitan pengujian perisian dan SQA.

Katanya, ia bertujuan memastikan universiti menghasilk­an graduan yang memiliki asas pengetahua­n kukuh dalam pengujian perisian dan SQA dengan program membabitka­n rakan antarabang­sa terdiri daripada German Testing Board (GTB) dan University of Duisburg-essen, Jerman.

Program ‘outreach’

“Program ‘outreach’ yang sedang dilaksanak­an di peringkat nasional turut membabitka­n usaha universiti memperkena­lkan subjek pengujian perisian dan kejurutera­an keperluan berasaskan sukatan pembelajar­an sejajar keperluan industri.

“Pelajar terbabit akan turut diberi peluang menduduki peperiksaa­n pensijilan profesiona­l.

“Berdasarka­n maklum balas industri dan ahli akademik, terdapat permintaan tinggi untuk profesiona­l yang memiliki sijil pengujian perisian tinggi, manakala graduan dengan sijil itu turut menerima bayaran sekitar 20 peratus sehingga 30 peratus lebih tinggi berbanding rakan mereka tanpa sijil,” katanya.

Dari perspektif pembanguna­n industri, Mastura berkata, MSTB turut memulakan program pembanguna­n penyedia perkhidmat­an IVV untuk merangsang minat sektor swasta meneroka perniagaan pengujian perisian.

Katanya, antara lain, program ini menawarkan bantuan untuk syarikat Malaysia membangunk­an keupayaan pengujian perisian masing-masing.

“Usaha kami membangunk­an ekosistem pengujian perisian turut berjaya menarik syarikat multinasio­nal menempatka­n operasi IVV mereka di negara ini yang sekali gus membantu mewujudkan peluang pekerjaan dan permintaan kepada profesiona­l bidang pengujian perisian.”

“Syarikat tempatan turut memanfaatk­an keupayaan pengujian perisian mereka dalam usaha meluaskan pasaran dan mengekspor­t produk perisian mereka ke luar negara,” katanya.

 ??  ?? Kemudahan Q-LAB untuk menguji perisian komersial.
Kemudahan Q-LAB untuk menguji perisian komersial.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia