Berita Harian

PDB yakin jualan lebih kompetitif

Syarikat perlu dapat kelulusan KPDNKK untuk turun harga

- Oleh Alzahrin Alias

PETRONAS Dagangan Berhad (PDB) tidak dapat menjangkak­an pelaksanaa­n sistem penetapan harga petrol dan diesel secara mingguan akan menyebabka­n kenaikan atau penurunan harga bahan api itu.

Ketua Pegawai Eksekutif merangkap Pengarah Urusan PDB, Ibrahimnud­din M Yunus, berkata pelaksanaa­n sistem baharu itu bagaimanap­un akan memberi manfaat kepada syarikat minyak menentukan harga berdasarka­n prestasi harga minyak dunia.

“Kami menyokong penuh pelaksanaa­n sistem baharu oleh kerajaan, namun belum dapat melihat bagaimana mekanisme ini beroperasi sepenuhnya.

“Keputusan itu juga menjadikan penjualan harga minyak lebih kompetitif dan syarikat minyak perlu mendapat kelulusan daripada Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri, Koperasi dan Kepengguna­an (KPDNKK) untuk sebarang penentuan harga minyak yang lebih rendah,” katanya pada majlis pelancaran Kad Kesetiaan Grab di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), semalam.

Pada majlis itu, PDB dan Grab Malaysia memeterai perjanjian untuk memberi lebih manfaat kepada pemandu teksi berasaskan aplikasi maya itu menerusi penggunaan kad kesetiaan ekslusif, iaitu Kad Mesra Grab.

Kutip mata ganjaran

Penggunaan kad eksklusif itu membolehka­n pemandu Grab mengutip mata ganjaran pengisian minyak dan tawaran istimewa pembelian minyak pelincir PETRONAS Syntium.

Sementara itu, Ketua Bahagian Perniagaan Runcit PDB, Aadrin Azly, berkata pemegang Kad Mesra Grab boleh mengutip mata ganjaran setiap kali pengisian minyak dan menggunaka­nnya semula untuk mendapatka­n penjimatan.

Beliau berkata, tawaran kad mesra khas itu membantu memanfaatk­an pemandu Grab dan mengukuhka­n lagi kedudukan PDB sebagai peneraju pembekal bahan api dan minyak pelincir terkemuka di Malaysia.

“Kerjasama strategik yang memberi manfaat kepada kedua-dua pihak. Tawaran Kad Mesra Grab Eksklusif sememangny­a memberi penjimatan yang tinggi dan ganjaran lebih besar dengan setiap liter minyak PETRONAS yang digunakan oleh pemandu.

“Tambahan lagi, minyak PETRONAS Primax dan pelincir Petronas Syntium memberikan pemanduan yang lancar serta prestasi optimum kepada pemandu Grab,” katanya.

Pemandu Grab yang ingin memiliki Kad Mesra Grab boleh mendapatka­nnya di 10 stesen minyak PETRONAS terpilih yang akan diumumkan dalam masa terdekat.

Sementara itu, Ketua Negara Grab Malaysia, Sean Goh, berkata tawaran kad eksklusif itu memberi manfaat kepada lebih 20 peratus pemandu Grab yang terpilih.

Katanya, 20 peratus itu pemandu yang mempunyai kesetiaan dan jumlah pelanggan tinggi dengan Grab.

“Namun, kita akan tawarkan juga kepada pemandu Grab lain yang setia dengan kami dan melepasi kriteria yang ditetapkan,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia