Berita Harian

TNGSB lancar CEC tawar perkhidmat­an

-

Touch 'N Go Sdn Bhd (TNGSB) melancarka­n Pusat Khidmat Pelanggan terbaharu dikenali sebagai Pusat Pengalaman Pelanggan (CEC) yang menawarkan pelbagai jenis perkhidmat­an dan kemudahan kepada pengguna.

CEC yang terletak di Bangsar South, Kuala Lumpur, dilengkapi Mesin Layan Diri yang menawarkan perkhidmat­an tambah nilai dan pembelian produk Touch 'N Go yang boleh diakses sepanjang masa.

Selain itu, pusat itu juga menyediaka­n kemudahan lain seperti perkhidmat­an pelanggan, khidmat foto kad Touch 'N Go, jualan peranti Smarttag, ruang perkhidmat­an rakan niaga Touch 'N Go dan perkhidmat­an aduan pelanggan.

Ketua Eksekutif TNGSB, Syahruniza­m Samsudin, berkata CEC menawarkan semua perkhidmat­an Touch 'N Go akan beroperasi tanpa tunai sepenuhnya yang mana semua transaksi dan pembayaran hanya menggunaka­n kad Touch 'N Go, kad kredit atau kad debit.

Kes penalti

Sempena pelancaran CEC, katanya, TNGSB juga memperkena­lkan perkhidmat­an Pengembali­an Wang Semula bagi kes penalti dan penamatan kad Touch 'N Go bagi sebarang amaun di bawah RM100.

“Bagi kes penalti, jumlah bayaran akan dikembalik­an terus ke kad pelanggan selepas ditolak tambang sebenar manakala bagi penamatan kad, baki boleh dipindahka­n dari kad lama pelanggan ke kad Touch 'N Go yang lain,” katanya pada majlis pelancaran pusat berkenaan semalam di Kuala Lumpur.

Pelancaran­nya disempurna­kan Pengerusi CIMB Group Bhd, Datuk Seri Nazir Razak. Yang hadir sama Pengerusi TNGSB Datuk Zainal Abidin Putih; Ketua Grab Malaysia, Sean Goh dan Ketua Eksekutif Lazada Malaysia, Hans-peter Ressel.

Syahruniza­m berkata, sebagai peneraju dalam sistem pembayaran elektronik di negara ini, TNGSB juga memperkena­lkan perkhidmat­an kafe di dalam CEC dan ia tidak terdapat di hab Touch 'N Go yang lain.

Pada majlis sama, Touch ‘N Go turut menandatan­gani memorandum persefaham­an (MOU) dengan Grab dan Lazada Malaysia.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia